Mencari Miyabi popular di Pantai Timur

Maria Ozawa, bekas pelakon porno popular dari Jepun yang turut dikenali sebagai Miyabi, menjadi carian popular di enjin Google Malaysia seminggu ini. Ia berikutan lawatannya ke Malaysia, yang dipaparkan menerusi Instagram beliau.

Menurut laporan Google Trends, negeri Kelantan dan Terengganu membuat carian paling banyak tentang Maria Ozawa, untuk minggu lepas. Manakala Putrajaya, Selangor dan Pulau Pinang paling kurang membuat carian untuk masa yang sama.

Selain nama beliau, beberapa filem yang dilakon Maria turut melonjak di carian Google Malaysia. Seperti Mencari Miyabi (2010), Tokyo Species (2012) dan Nilalang (2015).

Maria yang menetap di Filipina sekarang, berkunjung ke Kuala Lumpur dan memuat naik gambar beberapa tempat yang dilawati di instagram. Antaranya adalah Bukit Bintang, Jalan Alor, Chaze bar, and The Vault KL.

(SUMBER: MalayMail)

TheSkop

Portal Teknologi dan Gaya Hidup Paling Best di Malaysia

%d bloggers like this: