Lindungi perniagaan dari ransomware dengan Kaspersky Small Office Security

Jenayah siber merupakan satu ancaman yang kian meningkat, apatah lagi untuk peniaga kecil dan sederhana. Bagi membantu memerangi jenayah sebegini, Kaspersky memperkenalkan versi baharu perisian Kaspersky Small Office Security (KSOS).

KSOS direka khusus untuk melindungi perniagaan kecil dan sederhana (PKS) dari jenayah siber. Paling membimbangkan adalah jenayah ransomeware, yang menculik data-data penting dan menukarnya kepada fail yang dienkripsi dan tidak boleh dipulihkan selagi penjenayah tidak menerima wang tebusan.

Perisian KSOS yang baru ini dilengkapi fungsi fungsi anti-ransomware yang dipertingkat, kawalan transaksi kewangan di dalam talian yang ditambahbaik dan pemantauan keselamatan digital yang lebih mudah dari satu konsol.

Melalui konsol ini, pemilik perniagaan boleh melihat status perlindungan semua peranti dalam rangkaian mereka secara sekali gus. Daripada komputer desktop, komputer riba hinggalah pelayan fail dan peranti mudah alih. Ia juga boleh dipantau menerusi portal dalam talian, bermakna maklumat tersebut boleh diakses dari mana-mana sahaja.

Pengaktifan keselamatan dan lain-lain tetapan boleh diselia mudah melalui konsol. Sekaligus memberikan lebih jaminan menerusi akses terus ke Sokongan Teknikal Kaspersky.

Ingat, jangan bila dah terkena baru nak ambil tindakan. Mencegah adalah lebih baik dari mengubati.

Untuk mendapatkan lebih maklumat tentang perlindungan Kaspersky ini, layari laman web Kaspersky Small Business Security.