Kit mudah alih Ramadhan 2017

Esok, Ramadan 1438 Hijrah akan menyapa kita. Tarawih, tadarus, iftar, dan sahur adalah antara aktiviti rutin kita untuk 30 hari yang akan datang. Mari kita lihat apakah pautan-pautan berguna dan juga apps yang boleh dipasang pada telefon untuk membantu kita menempuhi bulan puasa tahun ini.

Tadarus

Apps ini pernah kami sarankan sempena sambutan Nuzul al-Quran tahun lepas. Bayan Quran adalah apps al-Quran percuma yang boleh dimuat turun pengguna Android dan iOS. Bukan saja percuma, ia tidak mendukung iklan yang boleh menganggu penggunaan.

Fungsi tajwid juga boleh diaktifkan disamping adanya bantuan audio jika ragu-ragu tentang cara membaca sesuatu ayat. Muat turun Bayan Quran – Android & iOS

Anda boleh juga memeriksa apps ini sebagai alternatif.

  1. QuranAndroid  & iOS
  2. Quran MajeedAndroid  & iOS

Tarawih

Kalau anda terpaksa berbuka di tengah jalan kerana musafir ataupun pulang daripada kerja sudah tentu anda tercari-cari masjid terdekat. Agak sukar untuk mencari di tempat yang kita tak biasa. Gunakan saja apps myJakim.

myJakim menghimpunkan banyak maklumat tentang masjid-masjid di seluruh negara. Ia juga boleh memberitahu masjid mana yang paling hampir dengan anda.

Muat turun myJakim untuk Android  & iOS

Arab Saudi berada dalam zon masa lima jam lebih lewat daripada kita. Apabila kita selesai terawikh, mereka mungkin baru selesai berbuka puasa. Sambil-sambil makan moreh tu, bolehlah kita tonton video langsung dari tanah haram melalui.

Lawati saluran Youtube Haramain Support untuk menonton siaran langsung solat tarawikh dari sana.

Iftar/Sahur

Berbuka memang sesuatu yang menyeronokkan selepas seharian berpuasa. Tapi, nak masak apa?, nak bungkus apa?, malah nak beli di mana? Ia adalah soalan-soalan yang memang sukar untuk dijawab.

Pautan-pautan berguna:

  1. Buzzfeed Tasty
  2. myResepi
  3. foodpanda

Nombor telefon kecemasan:

  1. McD 1300-13-1300
  2. KFC 1300-222-888
  3. Dominos 1300-888-333
  4. Pizza Hut 1300-88-2525
  5. Nandos 1300-88-555
  6. Burger King 1800-30-5555

Liat nak bangun sahur? Kami ada penyelesaiannya. Alarmy pernah menerima anugerah apps pengera paling menjengkelkan di dunia.

Cara mematikan alarm ini amat sukar kerana anda perlu memilih satu lokasi semasa menetapkan pengera. Apabila pengera berbunyi, anda perlu mengambil gambar lokasi tadi sebelum pengera dimatikan.

Cuba tetapkan lokasi itu di dalam bilik air, sudah tentu anda terus boleh gosok gigi kemudian bersahur. Ataupun tetapkan masalah matematik untuk diselesaikan sebagai kunci mematikan pengera.

Muat turun Alarmy di Android & iOS.

TheSkop

Portal Teknologi dan Gaya Hidup Paling Best di Malaysia

%d bloggers like this: