Hadiahkan Nokia 3310 Pada Atuk Nenek Sempena Raya Ini

Telefon yang betul-betul telefon, Nokia 3310, turut menyertai acara pengumuman telefon pintar Android di Malaysia. Nokia 3310 adalah rekarnasi salah satu telefon terkenal Nokia dan dipamerkan pada temasya MWC 2017 tempoh hari.

Walaupun ia bukan sebuah telefon pintar, dan hanya menyokong rangkaian 2G, telefon ini sesuai dijadikan telefon kecemasan ataupun dihadiahkan kepada orang-orang tua kita yang hanya perlukan fungsi telefoni pada peranti mereka.

Bateri 1,200 mAh pada Nokia 3310 ini mampu memberi tempoh berbual sehingga 22 jam lamanya serta waktu standby melangkaui sebulan. Ia kini hadir dengan paparan berwarna sebesar 2.4″ dengan resolusi QVGA dan mendukung sistem operasi Series 30+ hasil tangan Nokia sendiri.

Kameranya hanya mengambil gambar 2MP dan storannya tidak boleh diperbesar.

Kembalinya Telefon Lagenda Nokia 3310

Apakah kenangan paling manis anda dengan Nokia 3310?

#MWC17 #Nokia3310 #HMDGlobal

Posted by TheSkop on Tuesday, February 28, 2017

 

Kelemahan ketara telefon ini adalah ia hanya menyokong rangkaian 2G. Maka, telefon ini tak boleh digunakan di negara yang telah mematikan servis 2G-nya seperti Singapura dan Australia.

Nokia 3310 ini dijual pada harga RM239 bermula Jun ini di Malaysia. Setakat ini tiada saluran dalam talian rasmi untuk mengedarkan peranti Nokia, tetapi untuk saluran konvesional, anda boleh menjangkakan AVAXX untuk mengedar produk-produk Nokia di kedai-kedai bertauliah di seluruh negara.

TheSkop

Portal Teknologi dan Gaya Hidup Paling Best di Malaysia

%d bloggers like this: