Hadiah Istimewa dan Diskaun 50% di Promosi Jelajah Galaxy S8

2,000 unit habis ditempah dan Samsung mahu meneruskan lagi kehangatan Galaxy S8 & S8+ baru mereka. Pada 5 hingga 7 Mei ini, Samsung Malaysia akan mengadakan promosi jelajah Samsung Galaxy S8 & S8+ di tiga lokasi iaitu Sunway Pyramid (Lembah Klang), Queensbay Mall (Pulau Pinang) dan Sutera Mall (Johor Bahru). Pelbagai hadiah dan promosi menanti pengunjung promosi ini.

Setiap pembelian telefon pintar Galaxy S8 (RM3,299) & Galaxy S8+ (RM3,699) di tiga lokasi promosi jelajah ini, termasuk di 76 Samsung Experience Stores (SES) di seluruh Malaysia, akan menerima Kit Permulaan Edisi Terhad berupa pelindung skrin, pengecas wayarles, kabel USB-C dan case lutsinar. Samsung turut memberikan powerbank 5,100mAh dalam jelajah ini.

Bukan ini saja. Pembeli Galaxy S8 & S8+ dalam tiga hari promosi ini juga ditawarkan diskaun 50% untuk membeli Gear VR baru bersama alat pengawal (Harga asal RM499) dan juga Gear 360 yang baru (Harga asal RM999). Selepas diskaun 50%, Gear VR berharga hanya RM249.50 dan Gear 360 pula RM499.50 sahaja!

Tetapi tawaran hadiah percuma dan diskaun 50% ini mempuyai stok terhad. Rujuk unit yang terdapat pada setiap lokasi dalam jadual di bawah ini. Jika anda berminat, kena cepat untuk mendapatkannya.

Selain diskaun dan hadiah percuma, Samsung juga memperkenalkan kempen Trade-Up (tukar beli) di mana pembeli boleh menukarkan telefon pintar mereka kepada Galaxy S8 atau S8+ yang baru. Hanya bawa telefon pintar anda ke lokasi promosi jelajah atau Samsung Experience Stores (SES) untuk mendapatkan rebat membeli Galaxy S8 atau S8+ yang baru. Rujuk jadual di bawah untuk senarai telefon pintar dan rebat yang diperoleh. Maklumat lanjut tentang kempen ini boleh dirujuk di laman web S8 Trade Up.

Satu lagi aksesori baru turut akan dipamerkan. Dok Samsung DeX membolehkan Galaxy S8 atau S8+ berfungsi seperti komputer Desktop. Ia akan mula dijual pada bulan Jun depan berharga RM459. Tetapi pengunjung promosi jelajah boleh mencuba Samsung DeX terlebih dahulu.

Galaxy S8 & S8+ yang baru ini membawakan skrin Super AMOLED Infinity Display tanpa bezel. Kameranya diberi naik taraf sambil mengekalkan perkakas dwi-pixel 12MP f/1.7 di belakang, dan kamera 8MP di depan yang ditambah autofokus.

Selain kekal kalis air dan debu IP68, kawalan keselamatan ditambah dengan pengimbas Iris di depan dan pengimbas capjari di bawa ke belakang. Sudah pasti, bateri di dalam Samsung Galaxy S8 dipertingkat untuk memberikan jangka hayat lebih panjang dan lebih selamat digunakan.

Kepada yang berminat memliki Galaxy S8 atau S8+, jangan terlepas mengunjungi promosi jelajah 3 hari ini, bermula dari 5 hingga 7 Mei 2017. Lebih banyak informasi boleh diperolehi dengan melawat laman web S8 Roadshow.

TheSkop

Portal Teknologi dan Gaya Hidup Paling Best di Malaysia

%d bloggers like this: