Galaxy S8 mudah dimiliki dengan Celcom EasyPhone

Celcom hari ini memperkenalkan EasyPhone, cara mudah memiliki Samsung Galaxy S8 dan S8+ melalui bayaran ansuran. Ia diperkasa dengan rangkaian Celcom Lightning Fast LTE.

Dengan Celcom EasyPhone, pengguna boleh mendapatkan Galaxy S8 dengan ansuran selama 24 bulan, dari serendah RM145 sebulan. Galaxy S8+ pula dari serendah RM165 sebulan.

Pengguna yang berminat dengan EasyPhone, boleh melanggan mana-mana pelan pascabayar FIRST iaitu Blue (RM45/bulan), Gold (RM80/bulan), Gold Plus (RM98/bulan) atau Platinum (RM150/bulan).

Dapatkan juga perlindungan tambahan untuk peranti dengan bayaran RM30 sebulan. Langganan EasyPhone dengan perlindungan menjadi RM175 sebulan, daan Galaxy S8+ pula RM195 sebulan. Ia memberikan pengguna telefon baru, jika berlaku musibah seperti kecurian dan kerosakan.

Atau dapatkan Galaxy S8 dan S8+ tanpa ansuran pada harga lebih rendah. Tetapi perlu mendaftar kontrak 24 bulan, dengan pelan FIRST Gold Plus atau FIRST Platinum. Harganya seperti di bawah ini:

FIRST Gold Plus

Galaxy S8 – RM2,478
Galaxy S8+ – RM2,808

FIRST Platinum

Galaxy S8 – RM2,168
Galaxy S8+ – RM2,498

Pelan FIRST Gold Plus dengan komitmen RM98 sebulan, memberikan 20GB data sepanjang masa & 20GB data hujung minggu, bersama panggilan tanpa had. FIRST Platinum pula RM150 sebulan, menyediakan 30GB data sepanjang masa, 30GB data hujung minggu, serta panggilan dan SMS tanpa had.

Celcom juga bekerjasama dengan Uber untuk promosi Galaxy S8. Pengguna boleh menaiki Uber percuma pergi dan balik, ke Blue Cube terpilih, selama 3 hari dari 5 – 7 Mei 2017. Pengguna bertuah juga boleh menerima Kotak Misteri, membolehkan mereka membeli Galaxy S8 pada harga RM888.

Pengguna Celcom, jangan lepaskan peluang untuk memiliki Galaxy S8 atau S8+ dengan tawaran menarik Celcom ini. Siap ada perjalanan percuma dengan Uber lagu.

TheSkop

Portal Teknologi dan Gaya Hidup Paling Best di Malaysia

%d bloggers like this: