Datuk Siti kembali dengan pakar selfie baru, vivo V5s

Tahun lepas vivo Malaysia menampilkan Datuk Siti Nurhaliza sebagai duta telefon pintar vivo V5 mereka, kali ini beliau tampil semula dengan senjata swafoto vivo yang dinaik taraf, vivo V5s.

Menariknya, vivo mengekalkan harga V5s sama seperti V5. Hanya RM1,299 dengan naik taraf perkakas yang lebih hebat. 3 warna vivo V5s ditawarkan iaitu Emas, Emas Ros dan Hitam Matte yang baru. Warna hitam ini juga diperkenalkan untuk V5 Plus.

Selain itu, vivo turut mengumumkan lantikan duta baru mereka bersama vivo V5s. Popular dengan gelaran Malaysia Chabor, Joyce Chu kini menyertai Datuk Siti sebagai duta vivo di Malaysia.

Tidak banyak perbezaan vivo V5 dan V5s. Yang ketara adalah storannya diganda dari 32GB menjadi 64GB. Rekaan antena di belakang juga sedikit berbeza, melengkung seperti huruf U.

Telefon pintar vivoV5s mengekalkan kuasa swafoto 20MP di kamera depan. Ia menggunakan sensor Sony IMX376 f/2.0, diperkasa efek cahaya ala studio, Selfie Spotlight. Gambar swafoto lebih jelas, terang dan menyerlah pada setiap tangkapan. Selfie juga lebih menawan dengan mod Face Beauty 6.0 yang baru.

Untuk kamera belakang, ia mengguna pakai sensor 13MP f/2.2 bersama LED Flash dan autofokus PDAF yang pantas. Selain itu, kelebihan vivo V5s adalah audio berkualiti tinggi, dengan cip DAC AK4376 terbina di dalam.

vivo V5s berbadan besi penuh, dengan skrin HD 5.5-inci dilapisi kaca 2.5D melengkung di sisi. Bateri 3,000mah dimuat di dalam, tetapi tiada pengecas pantas. Ia menjalankan antaramuka FunTouch OS 3.0 berasaskan Android 6.0.1 Marshmallow.

Telefon pintar vivo V5s kini boleh ditempah bermula hari ini, dan akan dijual pada 10 Mei 2017 dengan harga RM1,299. Tiga warna vivo V5s ditawarkan iaitu Hitam Matte, Emas dan Emas Ros. Dapatkan lebih maklumat berkenaan vivo di laman web www.vivo.my.

%d bloggers like this: