Collectco mahu selesaikan masalah penghantaran tiada di rumah

Zaman digital kini memudahkan orang ramai untuk membeli-belah dalam talian, di mana sahaja dan bila-bila masa. Tetapi ia masih perlu dihantar secara fizikal kepada pembeli. Kebanyakan dari kita yang bekerja di waktu kerja sering berada di luar rumah ketika mana penghantaran ingin dilakukan, juga di waktu kerja.

Apakah pilihan yang ada?

Collectco ingin membantu menyelesaikan masalah ini, dengan menyediakan lokasi pengumpulan berhampiran anda. Bagaimana caranya?

Anda buat pembelian menerusi rakan niaga Collectco seperti Lelong.my, Hermo, Gundam.my, Lazada, Zalora, Gemfive dan banyak lagi. Kemudian pilih Collectco sebagai penghantar. Selepas itu, pilih pusat pengumpulan Collectco.

Apakah pusat pengumpulan Collectco?

Pusat pengumpulan Collectco adalah tempat pembeli boleh mengambil tempahan. Ia adalah kedai yang biasanya dibuka sehingga lewat malam, 7 hari seminggu. Jadi, pembeli boleh pergi mengambil pembelian selepas waktu kerja.

Antara pusat pengumpulan Collectco adalah Senheng, Mydin, Fotokem, Thunder Match, Sam’s Groceria, Happy Mart dan banyak lagi. Sehingga kini, Collectco memiliki lebih 800 pusat pengumpulan di seluruh Malaysia.

Pembeli boleh menjejak pembelian, dan akan menerima SMS bersama kod pengesahan. Kod ini adalah bukti pemilik pembeli dan akan digunakan untuk mengambil tempahan di pusat pengumpulan kelak.

Macam mana, Collectco boleh membantu kan?

Kalau anda masih kurang yakin, Cradle Fund selaku pemberi dana permulaan kepada startup, baru sahaja menganugerahkan dana CIP 500 bernilai RM500,000 kepada Collectco. Cradle Fund memiliki ciri-ciri pemilihan yang ketat. Pemilihan Collectco sebagai salah satu penerima dana ini, sedikit sebanyak membuktikan keyakinan mereka terhadap pengurusan Collectco.

Nak mula gunakan Collectco? Layari laman web www.collectco.my untuk maklumat lanjut.

TheSkop

Portal Teknologi dan Gaya Hidup Paling Best di Malaysia