Celcom tamatkan servis WifiPlus percuma

Pernah dengar tentang servis Celcom WifiPlus? Ia adalah satu perkhidmatan Celcom yang diberikan kepada pelanggan pascabayar terpilih. Celcom WifiPlus menyediakan beberapa hotspot Wifi di lokasi popular seperti pusat membeli belah, restoran, kafe dan banyak lagi.

Jika anda pelanggan Celcom yang layak, pernahkah anda menemui mana-mana hotspot Celcom WifiPlus dan menggunakannya?

Tidak mengapa, anda tidak lagi perlu mengetahuinya kerana Celcom baru sahaja mengumumkan akan menamatkan perkhidmatan Celcom WifiPlus pada 16 Mei 2017. Tidak pula diberitahu sebabnya atau adakah ia akan diganti dengan servis lain.

We regret to inform you that the unlimited complimentary Celcom WiFiPlus will no longer be available from 16 May 2017 onwards. For more info: bit.ly/CelcomWiFiPlus

Posted by Celcom on Monday, May 8, 2017

Adakah pengumuman Celcom ini menjejaskan penggunaan internet harian anda?

Kenalinya serba-sedikit sebelum ia ditamatkan perkhidmatan, di laman produk Celcom WifiPlus.

TheSkop

Portal Teknologi dan Gaya Hidup Paling Best di Malaysia

%d bloggers like this: