Buka puasa pun boleh menang telefon pintar baru ASUS

Bulan Ramadhan nanti pasti ada banyak gambar juadah berbuka dirakam, walaupun waktu masih berpuasa. Apa kata jadikan gambar-gambar berbuka puasa nanti kepada peluang memenangi telefon pintar ASUS yang baru, menerusi peraduan Rakam Detik Buka Puasa Anda.

Peraduan yang dijalankan ASUS Malaysia ini berjalan dari 23 Mei sehingga 14 Jun 2017. Hadiah yang disediakan berupa telefon pintar ZenFone 3 Zoom, ZenFone 3 Max dan juga ZenFone Live.

Untuk menyertai pertandingan ini sangat mudah. Pertama sekali, kena Like dulu Instagram ASUS Mobile Malaysia dan Facebook ASUS Malaysia.

Selepas itu, mula tangkap gambar swafoto detik menarik berbuka puasa anda. Kemudian, muat naik gambar terbaik detik tadi, beserta kata-kata yang paling kreatif. Jangan lupa tag instagram @asusmobilemalaysia bersama-sama hashtag #TakHabisHabisRaya #ZenFone3ZoomMY dalam kata-kata tadi.

Senang bukan? Anda boleh memuat naik sebanyak mungkin gambar untuk menyertai pertandingan ini, asalkan mengikut peraturan di atas.

Jangan lupa, tarikh tutup penyertaan adalah pada 14 Jun 2017. Sebarang muat naik selepas tarikh ini tidak akan dilayan. Manakala pemenang pula, akan diumumkan pada 16 Jun 2017 di Instagram ASUS Mobile Malaysia dan Facebook ASUS Malaysia.

Jadi sekarang, bolehlah mula mengambil gambar buka puasa dan mula mengarang kata-kata kreatif untuk kapsyen nanti. Tapi puasa mula Sabtu ni, 27 Mei kan? Tak kisahlah, janji ikut peraturan. Terma dan syarat-syarat penuh pertandingan boleh dirujuk di sini.

TheSkop

Portal Teknologi dan Gaya Hidup Paling Best di Malaysia

%d bloggers like this: