Yes 4G turut sertai tempahan awal Galaxy S8

Selain empat syarikat telekomunikasi terkemuka di Malaysia, Yes 4G selaku pemain baru arena 4G LTE di Malaysia turut mengumumkan tawaran Galaxy S8 dan S8+ mereka. Seperti biasa, tempahan awal dibuka dari 11-13 April 2017, dan penghantaran dibuat bermula 4 Mei 2017.

Sama juga dengan yang lain, Yes turut menawarkan hadiah percuma bernilai RM916 untuk tempahan awal ini.

Dua jenis pelan pascabayar disediakan bersama kontrak 24 bulan, untuk menikmati diskaun pada Galaxy S8 dan S8+. Pelan pertama adalah Postpaid 88 yang memberi 25GB data 4G LTE, pelan kedua pula adalah Postpaid 128, menyediakan 35GB data.

Kedua-dua pelan pascabayar Yes ini menawarkan panggilan dan SMS tanpa had sesama talian Yes, manakala ke talian luar pula dicaj 9 sen seminit dan 9 setiap SMS. Perlu diingatkan, liputan Yes hanya beroperasi di rangkaian 4G sahaja, tiada 2G mahupun 3G. Semak dahulu liputan mereka di sini.

Kesemua harga ini belum termasuk GST. Harga telefon Galaxy S8 & S8+ bersama pelan Yes 4G adalah seperti berikut:

Galaxy S8 (kontrak 24 bulan)

Postpaid 88 – RM2,299
Postpaid 128 – RM1,899

Galaxy S8+ (kontrak 24 bulan)

Postpaid 88 – RM2,499
Postpaid 128 – RM2,299

Langganan pelan Yes 4G ini memerlukan bayaran pendahuluan 1 bulan. Kemudian, tempahan boleh diambil dari stor Yes yang dipilih, bermula 4 Mei 2017. Untuk membuat tempahan, layari segera laman tempahan Galaxy S8 di Yes 4G selewatnya 13 April 2017.

TheSkop

Portal Teknologi dan Gaya Hidup Paling Best di Malaysia