TM Perlu Lebih Masa Untuk Sudahkan Naik Taraf Percuma

Share Button

Masih ingat intipati belanjawan negara untuk 2017? Salah satunya adalah untuk pengguna menikmati kelajuan jalur lebar dua kali ganda tetapi pada komitmen bulanan yang sama.

TM, salah satu penyedia perkhidmatan jalur lebar negara sudah mula mengorak langkah kearah itu sejak awal tahun ini dan sehingga hari ini, lebih 600,000 atau 22% penguna sudah menikmati naik taraf tersebut. Adakah anda tergolong dalam baki 78% itu?

Walaupun TM mengumumkan naik taraf itu akan selesai menjelang Jun 2017, terdapat beberapa cabaran yang perlu ditangani seperti ketaksediaan prasarana di premis pelanggan sendiri dan sebagainya. Maka, sasaran baru telah ditetapkan untuk TM melunaskan baki naik taraf yang belum diterima pelanggan selewat-lewatnya penghujung tahun ini.

Berkenaan perkhidmatan Internet mudah alih pula, TM sedang giat melabur untuk memperluas rangkaian perkhidmatan mereka. Setakat ini, mereka telah berjaya emancing 2% daripada 2.66 juta pelanggan dan angka tersebut dijangka meningkat antara 8-10% tak lama lagi.

Pengguna yang masih belum terima naik taraf diharap bersabar.

[Sumber: The Star]

Apa komen anda?