Test Produk – Mi Box Peranti Yang Perlu Ada Dalam Ruang Tamu

Android TV adalah platform TV pintar hasil tangan Google yang dibangunkan menggunakan kerangka sistem operasi Android. Ia dilancarkan dalam bulan Jun 2014 untuk menggantikan Google TV. Menggunakan sistem operasi yang disuaikan untuk TV ini, anda mampu menyuntik adrenalin sistem operasi terkenal dunia masuk ke TV biasa yang membosankan.

Saiz Mi Box sangat kompak jika dibandingkan dengan kebolehannya

Maka, anda akan beroleh semua ciri-ciri pintar Android yang sedang anda gunakan pada telefon sekarang, tetapi di paparan yang lebih luas, sambil duduk di sofa empuk ruma. Kini terdapat banyak peranti Android TV dijual dalam pelbagai saiz dan harga. Xiaomi Mi Box adalah salah satu daripadanya.

Walaupun Mi Box merupakan cubaan pertama Xiaomi dalam gelanggang Android TV antarabangsa secara rasmi, ia sarat dengan ciri-ciri menarik. Salah satu ciri penting yang ada pada peranti ini adalah keupayaan menyalurkan kandungan sehingga resolusi 4K.

Port audio, HDMI, USB, dan kuasa di bahagian belakang unit

Pada kotak hitam kerdil ini anda akan menerima fungsi-fungsi seperti WiFi, Bluetooth, dan port USB. Anda juga dibekalkan sebuah alat kawalan yang mempunyai mikrofon untuk melakukan arahan bersuara.

Versatiliti Xiaomi Mi Box amatlah tinggi dan ia menyerlah sama ada ia digunakan untuk berhibur mahupun produktiviti. Apa yang diperlukan adalah sebuah TV dengan input HDMI.

Mari kita terokai potensi yang mampu Mi Box bawa pada ruang tamu rumah anda.

Muka Seterusnya: Mi Box Untuk Berhibur

[nextpage title=”Mi Box Untuk Berhibur”]

Sudah tentu anda banyak menggunakan masa untuk menonton kandungan YouTube di telefon dan kemampuan untuk memindahkan kandungan itu di paparan yang lebih besar, tentu boleh memperkaya pengalaman menonton anda. Aplikasi terkenal seperti YouTube memang dioptimumkan untuk Android TV.

Aplikasi YouTube

Tonton Program Korea Kegemaran di Kodi

Hal ini bermakna, antara muka yang terpapar di televisyen senang digunakan. Malahan, arahan suara boleh diberikan untuk mencari sesuatu video menggunakan alat kawalan yang disediakan.

Jika YouTube masih belum menyakinkan anda, mungkin iFlix boleh. Jika anda kaki siri, iFlix dan aplikasi seangkatan dengannya sudah tentu menjadi ruji anda. Tak perlu lagi bersusah payah menghubungkan kabel HDMI kepada laptop anda untuk menonton siri kegemaran.

Memiliki Android TV juga boleh memaksimumkan potensi home theater rumah. Tidak kiralah ketika anda bersendirian ataupun ditemani rakan dan saudara mara yang bertandang, aplikasi penstriman muzik seperti Spotify pastinya boleh membasmi kesunyian.

Pecahkan kesunyian ruang rumah dengan Spotify

Keversatilan Mi Box TV tak terhenti disitu. Pasang saja aplikasi permainan padanya. Beli satu set alat kawalan bluetooth dan dalam sekelip mata, anda miliki konsol permainan.

Sungguhpun tiada apa yang menarik untuk ditonton, didengar ataupun dimain, usah bazirkan TV 50 inci anda. Jadikannya bingkai gambar yang memaparkan pelbagai maklumat berguna. Perkongsian gambar percutian menjadi mudah terus daripada telefon anda.

Isi masa senggang dengan bermain game

Muka Seterusnya: Mi Box Untuk Bekerja & Kesimpulan

[nextpage title=”Mi Box Untuk Bekerja & Kesimpulan”]

Sudahlah cemerlang dalam berhibur, Mi Box TV juga tidak kurang hebatnya dalam lapangan produktiviti. Lihat saja pada bilangan aplikasi dalam kategori produktiviti di Play Store. Polaris Office, Office Suite, malahan aplikasi office daripada Microsoft turut ada. Anggap saja TV anda berubah menjadi komputer berskrin besar untuk anda melakukan pekerjaan.

Terus mulakan kerja selepas bermain

Disebabkan Android TV dan telefon Android datang daripada sistem operasi yang sama, segala apa yang anda simpan, tulis, taip, dan tangkap pada sebelah siangnya menggunakan telefon, anda boleh mengaksesnya di ruang tamu setibanya anda di rumah pada sebelah malam.

Contohnya seorang penulis novel yang sentiasa berada di luar mencari inspirasi dan terus menaipnya di dalam telefon sebelum inspirasi itu hilang ditiup angin. Pada sebelah malamnya, dia boleh memperhalusi idea itu di TV sambil menikmati minuman panas.

Sunting gambar sebelum muat naik ke Instagram

Pelajar universiti juga berpotensi menerima manfaat Android TV. Tugasan berkumpulan dipermudah dengan aplikasi seperti Google Doc. Tambah menarik, semua ahli kumpulan boleh menyunting dokumen yang sama, secara masa nyata. Maknanya, anda boleh melihat rakan anda menaip dan rakan anda melihat anda menaip sambil memperbetul maklumat masing-masing.

Jurugambar jalanan yang turun ke lorong-lorong mengambil gambar juga boleh memproses imej itu terus di Android TV menggunakan Snapseed misalnya. Jika dia bekerja dalam kumpulan dan perlu berkongsi fail-fail secara masa nyata, gunakan saja perkhidmatan storan awan seperti Google Drive dan terus berkongsi sumber dengan ahli-ahli yang lain.

Usahawan SOHO yang menggunakan telefon untuk mengakses emel juga tentu lebih selesa membalas emel menggunakan kekunci fizikal Bluetooth yang disambung pada Android TV. Urusan seperti memenuhi tempahan, melihat kalendar, dan membalas pertanyaan klien sudah tentu menjadi lebih cekap dan pantas.

Buat kira-kira gunakan perisian spreadsheet

Kesimpulan

Pada RM349, memang susah untuk tidak menyarankan anda memiliki sebuah Mi Box di ruang tamu. Berbanding terus membeli sebuah TV yang mempunyai Android TV terbina, Mi Box lebih berbaloi kerana ia boleh dipindahkan ke TV yang baru sekiranya anda bercadang untuk menaik taraf set TV anda.

Penggunaa suara untuk melakukan pencarian memang membantu pengguna lebih-lebih lagi jika tiada papan kekunci fizikal bersama anda. Cuma kadang kala carian agak tersasar mungkin disebabkan pelat bahasa Inggeris kita yang terlalu atas.

Google Cast, salah satu ciri yang ada pada Mi Box turut ada pada Chromecast yang dijual pada RM189. Tapi anda membayar RM189 hanya untuk satu fungsi, walhal dengan tambahan RM160, anda beroleh sebuah ekosistem Android yang lebih lengkap berbanding Chromecast.

Xiaomi Mi Box ada dijual secara rasmi di laman Lazada.

TheSkop

Portal Teknologi dan Gaya Hidup Paling Best di Malaysia

%d bloggers like this: