Tempah awal Galaxy S8 di kedai mana dapat hadiah RM916 percuma?

Masih berkira-kira untuk membeli Galaxy S8 dengan syarikat telekomunikasi, atau anda berasa lebih selesa membeli tanpa kontrak? Selain tempahan di laman web Samsung, terdapat beberapa lagi rakan niaga terpilih, yang turut menyediakan hadiah percuma bernilai RM916.

Rakan niaga Samsung selain telko adalah Lazada, 11street, Senheng, Courts, dan Harvey Norman. Ada kelebihan ke kalau beli di kedai-kedai sebegini? Ya, mereka ada menyediakan tawaran tambahan untuk pembeli.

Hadiah eksklusif untuk tempahan awal 3 hari dari 11-13 April 2017, adalah pek permulaan yang berisi pelindung lutsinar, pelindung skrin, pengecas wayarles dan kabel USB, powerbank 5,100mAh dengan pengecasan pantas, serta Perlindungan Tambahan Samsung berupa satu kali gantian keretakan skrin dan jaminan dilanjutkan ke 2 tahun.


Lazada (pautan, ShopBack)

Di Lazada, mereka menawarkan pembelian secara ansuran bulanan menerusi kad kredit terpilih. Tetapi, ada satu rahsia tersembunyi dalam jualan ini. Pembeli boleh mendapatkan tunai kembali sebanyak RM100, dengan membuat pembelian menerusi ShopBack. Ingat, setiap kali membeli-belah di Lazada, jangan lupa menggunakan ShopBack. Penghantaran percuma disediakan.

11street (pautan)

Laman e-dagang 11street turut menyediakan bayaran ansuran sehingga 24 bulan untuk pembelian Galaxy S8. Jika ada kupon 11street, ia boleh digunakan bersama. Malah, penghantaran juga percuma.

Senheng (pautan)

Senheng menyediakan jualan dalam talian untuk tawaran khas ini. Selain bayaran ansuran sehingga 24 bulan, ia juga menawarkan jaminan tambahan PlusOne selama setahun. Senheng juga menyediakan hadiah tambahan, untuk pengguna yang memilih untuk mengambil Galaxy S8 di IOI Mall Puchong pada 5 Mei 2017. Penghantaran percuma turut disediakan.

Courts (pautan)

Bagi yang tidak memiliki kad kredit, Courts menyediakan bayaran ansuran Flexi Credits. Penghantaran percuma disediakan untuk pembelian melebihi RM500.

Harvey Norman (pautan)

Tiada kelebihan dapat dilihat dari tawaran Harvey Norman ini.


Bagaimana, boleh buat keputusan nak beli Galaxy S8 di kedai mana sekarang? Semak laman web tempahan Galaxy S8 Samsung Malaysia untuk maklumat lanjut.

Sementara itu, kenali Samsung Galaxy S* dan S8+ dengan lebih lanjut menerusi video di bawah ini.

TheSkop

Portal Teknologi dan Gaya Hidup Paling Best di Malaysia

%d bloggers like this: