TC Freisenbruch Pasukan Bola Sepak Yang Diurus Secara Online

Dah bosan main game Football Manager? Cuba uruskan pasukan bola sebenar secara dalam talian. Itulah konsep yang diterapkan TC Freisenbruch, sebuah pasukan bola sepak daripada Jerman. Pasukan ini sepenuhnya ditadbir oleh peminat pasukan bola itu sendiri, daripada jadual latihan, pemilihan kesebelasan, hinggalah pembesaran stadium.

Pasukan yang berpusat di Essen itu kini memiliki 384 pengurus yang membayar yuran bulanan 5 euro. Menguruskan pasukan daripada jarak jauh, mereka bergantung pada statistik pemain, persidangan video, data GPS semasa latihan. Pada hari perlawanan, mereka akan mengundi untuk memilih kesebelasan utama, harga tiket, perpindahan pemain, dan sebagainya.

Ada yang beranggapan ia tidak masuk akal. Tetapi menurut pengarah kelab itu, Peter Schafer, ia memupuk ketelusan dan keterbukaan serta mereka sentiasa bersedia untuk menghadapi apa jua masalah yang bakal mereka hadapi.

Nak cuba jadi pengurus dan faham bahasa Jerman? Daftarlah hari ini.

[Sumber: fourfourtwoTC Freisenbruch]

TheSkop

Portal Teknologi dan Gaya Hidup Paling Best di Malaysia