Samsung Ada Galaxy S8+ Yang Miliki 6GB RAM

Untuk pasaran global, Samsung baru-baru ini telah melancarkan Galaxy S8 & S8+ yang menggunakan storan 64GB serta RAM 4GB. Tapi, ada satu varian 128GB dengan RAM 6GB dikesan dan malangnya, hanya untuk pasaran Korea Selatan dan China.

Sungguhpun begitu, masih tiada kenyataan rasmi daripada mulut Samsung sendiri tentang harga varian itu walaupun dilihat sudahpun disenaraikan di laman Samsung Korea. Pembeli juga akan menerima dock Samsung DeX yang memperluas lagi keupayaan telefon Samsung Galaxy S8 & S8+ menjadi seakan sebuah desktop.

Galaxy S8+ (kiri) & Galaxy S8 (kanan)

Untuk yang baru bangun daripada tidur, Samsung Galaxy S8 dan S8+ adalah flagship terbaru. Ia mendukung cip pemproses 10nm pertama dalam industri telefon pintar serta turut menjadi peranti sulung yang menerapkan teknologi Bluetooth 5.0.

Di Malaysia, Samsung Galaxy S8 dan S8+ masing-masing berharga RM 3,299 dan RM 3,699. Tempahan sudah mula dibuka dan jika bernasib baik, anda boleh menerima set telefon anda sebelum hari pelancaran rasmi iaitu 4 Mei 2017 nanti.

Terus ke pautan ini untuk maklumat lanjut tentang proses tempahan.

[Sumber: The Verge, Samsung]

TheSkop

Portal Teknologi dan Gaya Hidup Paling Best di Malaysia

%d bloggers like this: