Kongsi data sehingga 6 talian dengan Celcom GBshare

Celcom hari ini melancarkan GBshare, pelan perkongsian data untuk pascabayar.‎ Ia membolehkan pelan FIRST Gold Plus dan FIRST Platinum, berkongsi kuota data yang banyak dengan talian lain.

Bagi pengguna yang melanggan pelan GBshare, data hujung minggu mereka akan diubah ke anydayGB secara automatik. Bermakna, 40GB data sepanjang masa untuk pengguna FIRST Gold Plus, dan 60GB untuk FIRST Platinum.

Setiap talian tambahan GBshare dikenakan caj RM48. Ia disertakan bersama 2GB data tambahan untuk dikongsi, bersama panggilan, WhatsApp & WeChat tanpa had. SMS pula dicaj 20sen setiap satu.

Paling menarik, pengguna boleh mengawal kuota data untuk setiap talian GBshare. Semua kawalan ini boleh dilakukan menerusi aplikasi MyCelcom Postpaid yang boleh dimuat turun di Google Playstore sekarang, dan Apple Appstore tidak lama lagi.

Bagaimanapun, pengguna perlu melanggan sekurang-kurangnya 2 talian GBshare, tiada pilihan untuk satu talian tambahan. Untuk FIRST Gold Plus, maksima 2 talian GBshare sahaja boleh dilanggan. Untuk FIRST Platinum, sehingga 5 talian GBshare boleh ditambah.

Bermakna, sehinga 44GB untuk dikongsi bersama 3 talian di FIRST Gold Plus, dan sehinga 70GB data di 6 talian boleh dikongsi dengan FIRST Platinum.

Pelan GBshare boleh mula dilanggan hari ini dengan mengunjungi mana-mana stor Blue Cube di seluruh Malaysia. Maklumat lanjut turut boleh dirujuk di laman web Celcom GBshare.

TheSkop

Portal Teknologi dan Gaya Hidup Paling Best di Malaysia

%d bloggers like this: