Jadual Lengkap Perbandingan Telco Yang Sediakan Samsung Galaxy S8

Demam tempahan Samsung Galaxy S8 dan S8+ sudahpun bermula sejak 11 April yang lalu. Yang bagusnya, anda tak semestinya perlu menempah terus daripada Samsung. Banyak lagi saluran yang anda boleh gunakan untuk berbuat demikian dan ada antaranya memberikan lebih banyak hadiah percuma. Kali ini, kami telah mengumpulkan seberapa banyak pelan telco yang ditawarkan bersama-sama Galaxy S8 dan S8+ untuk dipersembahkan dalam satu jadual yang boleh difahami.

Cara membacanya amat mudah. Ada dua jadual berbeza, satu untuk Galaxy S8 dan satu lagi untuk Galaxy S8+. Jalur teratas setiap jadual mewakili pelan-pelan telco yang menawarkan telefon ini yang dikodkan mengikut warna tema masing-masing. Pelan disusun daripada komitmen bulanan terendah (kiri) hinggalah ke komitmen bulanan tertinggi (kanan).

Kemudian anda boleh beroleh maklumat seperti jumlah yang perlu dibayar di kaunter pada hari pembelian telefon iaitu hasil jumlah “bayaran pendahuluan”, “bayaran pendahuluan pelan”, dan harga telefon. Baris paling bawah, “Kos Minimum Telefon (Selepas GST)” adalah jumlah yang telah anda leburkan kepada telco sepanjang 24 bulan kontrak anda dengan telco pilihan.

Rumusan yang kami perolehi daripada jadual ini adalah seperti berikut. Untuk Samsung Galaxy S8+:

  1. Hanya Maxis sediakan program pembelian telefon secara ansuran melalui program Zerolution. Tanpa apa-apa bayaran pendahuluan, anda boleh memiliki Galaxy S8+ pada komitmen bulanan RM303. Di akhir kontrak, anda telah membelanjakan RM7,708 untuk telefon dan pelan panggilan. Ia menjadikan pelan ini yang paling mahal, tetapi antara yang paling banyak kuota Internet.
  2. Celcom FIRST Platinum adalah pelan yang berikan paling banyak data Internet. Anda menerima sejumlah 60GB yang terbahagi kepada data hari biasa dan hari minggu. Untuk menikmatinya, anda perlu membayar RM3,098 semasa mendaftar dan komitmen bulanan anda adalah RM125 selepas ditolak rebat.
  3. U Mobile Ultimate Device 60 adalah yang termurah secara keseluruhan. Walaupun harga telefon yang mereka jual lebih tinggi daripada beberapa telco yang lain, komitmen bulanan mereka hanya RM60. Di akhir kontrak, anda hanya membelanjakan RM4,451 untuk telefon dan pelan telefon. Walau bagaimanapun, anda menerima pelan dengan kuota Internet terendah dalam perbandingan ini.
  4. Rata-rata pelan telco berikan panggilan suara tanpa had ke semua telco kecuali Yes yang hanya berikan panggilan percuma kepada pengguna Yes yang lain.
  5. Untuk pelan yang perlukan anda membayar jumlah tersedikit apabila berada di kaunter, anda boleh melihat pada MaxisOne Plan 188. Pada hari pendaftaran, anda hanya perlu bayar RM2,851. Komitemen bulanan pula adalah RM188 sebelum ditolak rebet sebanyak RM752 yang dibahagi sama rata sepanjan 24 bulan tempoh kontrak.
  6. Tawaran Samsung Galaxy S8 adalah hampir serupa secara relatifnya, anda cuma perlu menggantikan harga dalam perkara 1 hingga 5 dengan merujuk jadual Samung Galaxy S8.

Jika anda berminat untuk membuat tempahan melalui telco, anda boleh rujuk kepada pautan ini:

  1. Celcom
  2. Digi
  3. Maxis
  4. U Mobile
  5. Yes

TheSkop

Portal Teknologi dan Gaya Hidup Paling Best di Malaysia

%d bloggers like this: