Jadi pemilik Galaxy S8 pertama dengan Celcom FIRST

Celcom juga terlibat dalam promosi tempahan awal Galaxy S8, apabila menawarkan peranti terbaru Samsung ini bersama pelan pascabayar FIRST. Telefon pintar Samsung Galaxy S8 & S8+ boleh dimiliki lebih murah dari harga pasaran, apabila pengguna melanggan pelan FIRST bersama kontrak 24 bulan.

Tempahan awal dari Celcom ini turut membolehkan pelanggan menerima hadiah istimewa Samsung yang bernilai RM900. Ia merupakan pek permulaan yang berisi pelindung lutsinar, pelindung skrin, pengecas wayarles dan kabel USB, powerbank 5,100mAh dengan pengecasan pantas, bersama Perlindungan Tambahan Samsung berupa satu kali gantian keretakan skrin dan jaminan dilanjutkan ke 2 tahun.

Hanya dua pelan pascabayar Celcom yang ditawarkan bersama pembelian Galaxy S8, iaitu pelan FIRST Gold Plus RM98 sebulan, dan pelan FIRST Platinum RM150 sebulan. Semua harga yang dinyatakan di sini, tidak termasuk GST 6%. Harga peranti dan pelan adalah seperti berikut:

Galaxy S8 (kontrak 24 bulan)

FIRST Gold Plus 98 – RM2,478
FIRST Platinum 150 – RM2,168

Galaxy S8+ (kontrak 24 bulan)

FIRST Gold Plus 98 – RM2,808
FIRST Platinum 150 – RM2,498

Untuk mendapatkan harga diskaun ini, pengguna perlu mendaftar kontrak selama 24 bulan, serta membayar wang pendahuluan sebanyak RM600. Wang pendahuluan ini akan direbatkan semula ke dalam bil bulanan.

Pelan FIRST Gold Plus menawarkan data 20GB sepanjang bulan, dan 20GB lagi data tambahan hujung minggu. Ia disertakan panggilan tanpa had ke semua talian tempatan, dan SMS berkadar rata 20 sen. Selain itu, Celcom turut memberikan penggunaan data WhatsApp dan WeChat percuma.

Pelan FIRST Platinum pula memberi lebih banyak data, 30GB data sepanjang masa dan 30GB lagi di hujung minggu. Panggilan dan SMS tanpa had ke semua talian, bersama permesejan di WhatsApp dan WeChat tanpa had turut disertakan.

Jika anda pengguna Celcom dan mahu mendapatkan Galaxy S8, segera berkunjung ke Stor Online Celcom untuk membeli dan mendapatkan maklumat lanjut.

TheSkop

Portal Teknologi dan Gaya Hidup Paling Best di Malaysia

%d bloggers like this: