Hotlink Happy Hour Beri Data Percuma Setiap Hari

Share Button

Pengguna Hotlink sekalian, anda kini diberikan kuota harian berhalaju pantas sebanyak 1GB untuk digunakan melalui program Happy Hour. Kuota itu tidak tertakluk kepada jenis perkhidmatan, sebaliknya bebas digunakan untuk apa saja.

Hotlink Happy Hour diberikan secara percuma setiap hari sepanjang aktifnya akaun anda dan terdapat langganan pas internet tertentu bersama akaun tersebut.

Semua Hotlink yang melanggan pas bulanan ataupun mingguan ini layak menerima kuota Happy Hour:

  1. Mingguan RM10 600MB
  2. Bulanan RM30 2GB
  3. Bulanan RM38 3GB
  4. Bulanan RM48 4GB
  5. Bulanan RM50 5GB
  6. Bulanan RM68 6GB

Untuk menebus guna kuota Happy Hour, anda boleh menggunakan kod MSSD *868# atauoun melalui aplikasi Hotlink Red App. Anda hanya boleh menebus guna kuota Happy Hour sekali sahaja bagi setiap hari dan kuota Happy Hour akan digunakan sebelum kuota lain.

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman rasmi produk.

Comments

Apa komen anda?