Cip 10nm Gen-2 Samsung Lebih Jimat Tenaga

Samsung memang tak boleh duduk diam. Baru saja melancarkan teknologi 10nm yang digunakan pada Exynos 8995 dan Snapdragon 835 Oktober tahun lalu, mereka mengumumkan pula teknologi 10nm yang baru, 10LPP. Teknologi  akan memberikan peningkatan prestasi sebanyak 10 peratus dan penjimatan tenaga sehingga 15 peratus berbanding 10LPE (Low-Power Early).

Samsung menghasilkan cip Snapdragon 835 dan Exynos 8995 menggunakan teknologi 10nm

Penambahbaikkan itu diperoleh hasil pengoptimuman struktur 3D FinFET. Ia penting kerana Samsung perlu memenuhi permintaan terhadap cip pemproses 10nm untuk pelbagai pengeluar produk pada masa akan datang. Cip 10nm generasi kedua dijangka akan mula dihasilakn pada suku keempat tahun ini.

Selain Samsung, Huawei dan MediaTek juga dilapor sedang membangunkan cip 10nm. Huawei bakal hadir dengan Kirin 960 yang mampu berlari sepantas 3.0Ghz. MediaTek pula memperkenalkan peserta cip 10nm mereka, Helio X30 di MWC 2017. Intel juga dilihat mengintai  slot dalam arena 10nm melalui cip dengan kod nama Cannonlake.

[Sumber: Samsung]

TheSkop

Portal Teknologi dan Gaya Hidup Paling Best di Malaysia

%d bloggers like this: