Berkaraoke Dengan Fungsi Baru Spotify

Satu fungsi menarik yang ada pada Spotify di iOS adalah “Behind the Lyrics”. Ia mengguna pakai pengkalan data pihak Genius untuk memaparkan trivia menarik dan juga lirik semasa anda menikmati Spotify. Fitur itu hari ini turut boleh dinikmati pengguna Spotify di Android.

“Behind the Lyrics” memaparkan maklumat seperti apa yang berlaku semasa pembikinan lagu ini. Info tentang artis, lagu, dan anekdot adalah antara yang akan dipaparkan semasa anda mendengar lagu.

Buat masa ini, fitur “Behind the Lyrics” hanya diaktifkan untuk sebilangan library Spotify seperti “Behind the Lyrics: Hip Hop” dan “Today’s Top Hits”

Tiada aplikasi tambahan perlu dipasang untuk menikmati fungsi tersebut, anda cuma perlu mengemas kini Spotify sahaja.

[Sumber: 9to5Google]

TheSkop

Portal Teknologi dan Gaya Hidup Paling Best di Malaysia

%d bloggers like this: