TM hentikan panggilan 02 ke Singapura bermula Mei

Anda selalu membuat panggilan terus dari Malaysia ke Singapura? Jika ya, pastikan anda ambil tahu tentang kemaskini terbaru yang diumumkan TM. Mulai 16 Mei 2017, panggilan ke Singapura tidak lagi menggunakan kod akses 02, sebaliknya menggunakan kod akses 0065.

Langkah ini selaras dengan arahan yang dikeluarkan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), untuk menyeragamkan penggunaan kod akses antarabangsa 0065 bagi Singapura.

Walaupun kod akses ini berubah, caj panggilan dan mutu perkhidmatan kekal sama, tidak mengalami perubahan.

Bagi pelanggan TM yang menggunakan perkhidmatan UniFi, Telefoni, Streamyx, Centrex dan Multi-Line SIP, boleh terus mendail 0065 diikuti nombor telefon bermula 16 Mei 2017. Dari 02-xxxx-xxxx, menjadi 0065-xxxx-xxxx.

Untuk pelanggan ISDN PRI/BRI dan CDMA pula, perlu mengaktifkan kemudahan IDD sebelum boleh membuat panggilan ke Singapura. Kunjungi TMpoint berdekatan atau hubungi talian khdimat pelanggan TM 100 untuk pengaktifan.

Jangan lupa, 16 Mei 2017 tiada lagi kod 02 untuk panggilan ke Singapura. Jangan marah orang tak jawab panggilan kalau tersilap dail nanti.

[SUMBER: TM]

TheSkop

Portal Teknologi dan Gaya Hidup Paling Best di Malaysia

%d bloggers like this: