RM500 rebat untuk pelanggan baru TIME Fibre Home

Setahun yang lepas, TIME dotCom (TIME) selaku penyedia internet jalurlebar tetap di Malaysia, mengumumkan pakej internet yang menggemparkan Malaysia. Mereka melancarkan pelan jalurlebar di rumah dengan kepantasan sehingga 500Mbps, pertama kali ada di Malaysia.

Lebih menarik lagi, semua pelanggan sedia ada menerima naik taraf dengan kelajuan minima 100Mbps tanpa caj atau kontrak tambahan.

Kini selepas setahun, TIME ingin sama-sama meraikan ulangtahun pertama ini dengan melancarkan tawaran khas untuk pelanggan baru. Selama 4 hari dari 23 sehingga 26 Mac 2017, pelanggan baru boleh menikmati rebat sehingga RM500.

Pelan TIME Fibre Home Broadband menawarkan tiga jenis pelan, iaitu pelan 100MBps dengan langganan RM149 sebulan, pelan 300Mbps dengan caj RM189 sebulan dan pelan 500Mbps berkadar RM299 sebulan.

Promosi langganan baru TIME ini akan memberikan rebat sebanyak RM100 untuk pelan 100Mbps, rebat RM300 untuk pelan 300Mbps dan rebat RM500 bagi pelan 500Mbps. Rebat ini akan ditolak dari bil bulanan pengguna, sehingga ia habis digunakan.

Bagi pelanggan TIME sedia ada, mereka menyediakan kejutan berupa hadiah misteri bagi 500 yang pertama memecahkan belon di laman web Self Care, bermula dari hari ini sehingga hari Ahad, 26 Mac 2017.

Selain itu, pelanggan sedia ada TIME turut menerima 500 minit panggilan percuma sepanajang 4 hari kempen ini. Ia bukan sahaja boleh digunakan menerusi telefon talian tetap, tetapi boleh dialihkan ke telefon pintar pengguna. Ia boleh dilakukan menggunakan aplikasi mudah alih TIME Home Forward.

Maklumat lanjut tentang promosi yang dijalangkan ini boleh dirujuk di laman promosi TIME 500Mbps Turn One.

TheSkop

Portal Teknologi dan Gaya Hidup Paling Best di Malaysia