[MWC 2017] Samsung Galaxy Tab S3 Terajui Takhta Tablet Android

Samsung Galaxy Tab S3 adalah tablet Android flagship Samsung terbaru yang dilancarkan di MWC 2017. Ia hadir dengan paparan AMOLED sebesar 9.7 inci. Pada papan utama, cip Snapdragon 820 digunakan bersama-sama RAM sebesar 4GB sambil bertemankan 32GB storan dalaman. Slot mikro-SD disediakan untuk meluaskan storannya.

Bahagian optikal belakang dan depan pula masing-masing menerima sensor 13 MP dan 5 MP. Fungsi pengecasan pantas juga ada untuk mengisi bateri berkapasiti 6,000 mAh yang ia miliki.

Selain tablet Android, Samsung juga ada membawakan dua tablet Windows 10 yang pastinya menarik minat eksekutif yang perlukan komputer dengan tahap mobiliti yang tinggi. Samsung Galaxy Book diperkenalkan dalam dua perisa iaitu Galaxy Book 10.6″ dan Galaxy Book 12″.

Samsung Galaxy Book 12

Samsung Galaxy Book 10

Kedua-dua Galaxy Book hadir dengan papan kekunci fizikal seperti iPad Pro. Ia turut berfungsi sebagai pelindung paparan tablet semasa disimpan. Tapi papan kekuncinya lebih baik kerana ada lampu latar LED.

Selain itu, tiada siapa berani menyangkal kemantapan paparan AMOLED yang memberikan kedinamikan warna yang luas serta kecerahan yang mengujakan. Walau bagaimanapun, AMOLED hanya hadir pada Galaxy Book bersaiz 12″ manakala varian yang lebih kecil hanya menggunakan panel TFT.

Selain dikuaskaan cip Intel Core generasi ke-7, kedua-dua tablet mempunyai GPS dan kamera depan 5MP untuk telesidang. Tiada maklumat harga dikongsikan pada sidang media pelancarannya, termasuklah tentang tarikh ia akan mula dijual.

 

TheSkop

Portal Teknologi dan Gaya Hidup Paling Best di Malaysia

%d bloggers like this: