Moto ternipis mahu kembali

Kami tak pasti apakah kenangan terindah anda dengan telefon Motorola, tapi satu yang sering dalam ingatan kami, adalah telefon senipis pisau cukur, Moto RAZR. Boleh dikatakan, ia adalah yang pertama membawa konsep telefon nipis, yang sangat anggun lagi bergaya.

Moto RAZR pertama kali diperkenalkan pada tahun 2004, dengan model terbaiknya adalah RAZR V3 yang terjual lebih 130 juta unit. Dan berita baik yang kami temui hari ini, RAZR MUNGKIN AKAN KEMBALI!

Perkara ini dapat dilihat dari satu gambar yang dikongsi di Facebook Moto Malaysia. Ia menyatakan, sebuah ikon akan kembali dalam bentuk Moto Mod. Sangat jelas boleh dilihat, ia mempamerkan sesuatu yang nipis, yang pastinya merujuk ke Moto RAZR.

Jika anda tidak tahu, Moto Mod adalah sejenis platform modular (ubahsuai) yang diperkenal Moto ke dalam siri Moto Z. Ia boleh menambah banyak fungsi kepada telefon sedia ada, menerusi pelbagai aksesori Moto Mod. Contohnya kamera Hasselblad True Zoom, speaker JBL, bateri Incipio offGRID serta projektor.

Dengan kenipisan Moto RAZR, pastinya bukan masalah untuk menambah Moto Mod padanya. Apa tambahan yang anda mahukan pada telefon pintar?

Tak sabar rasanya nak berjumpa semula dengan Moto RAZR.

[SUMBER: Vernonchan]

TheSkop

Portal Teknologi dan Gaya Hidup Paling Best di Malaysia

%d bloggers like this: