MacBook Akan Gunakan iPhone Sebagai Touch Pad?

Apple telah memfailkan paten di U.S. Patent and Trademark Office untuk satu aksesori elektronik. Aksesori tersebut bertindak sebagai hos. Ia mempunyai paparan, papan kekunci, port, dan GPU tetapi memerlukan iPhone/iPad untuk beroperasi. Caranya beroperasi adalah dengan memasukkan iPhone/iPad kedalam satu slot khas.

Aksesori tersebut dijangka akan meluaskan keupayaan peranti iOS itu melalui modul-mpdul yang akan dibina di dalamnya. Contoh yang paling ringkas adalah skrin sesentuh iPhone boleh digunakan sebagai pad sesentuh manakalah paparan iPad boleh dijadikan skrin dok itu. Alat-alat USB juga boleh digunakan melalui port-port tambahan.

Dok seperti ini hanya sebagai perumah dan semua kuasa pemproses akan disediakan oleh peranti iPhone/iPad itu.

Konsep seperti ini tidaklah baru. Siri Asus Padfone telah meneroka konsep ini sejak 2012 tetapi seperti tak berjaya menambat hati pengguna. HP Elite x3 adalah wakil Windows yang turut mencubanya dengan fungsi Continuum. Hal ini kerana kitaran penggunaan telefon dan laptop tidaklah sama. Masalah ini menyebabkan pengguna lebih kerap bertukar telefon berbanding laptop.

[Sumber: AppleInsider, gambar]

TheSkop

Portal Teknologi dan Gaya Hidup Paling Best di Malaysia

%d bloggers like this: