LG Pay Bakal Bersaing Dengan Samsung Pay

Gergasi elektronik Korea Selatan, LG, ingin bersaing dengan penyedia pembayaran tanpa tunai seperti Samsung Apple, dan Google apabila dilaporkan bersiap sedia melancarkan perkhidmatan pembayaran tanpa tunai mereka sendiri, LG Pay.

Ia berikutan termetrainya perjanjian LG dengan sebuah syarikat penyedia perkhidmatan pembayaran daripada US untuk mengguna pakai teknologi Wireless Magnetic Communication pada perkhidmatan baru mereka itu.

Disebabkan LG G6 memang sudah mempunyai NFC terbina di dalamnya, ia mungkin menjadi pertama menyokong LG Pay.

LG Pay juga dijangka turut menyokong Magnetic Strip Technology (MST) yang ada pada mesin kad kredit lama sama seperti yang disokong Samsung Pay. Tiada kenyataan konkrit mengenai hasrat LG untuk membawa perkhidmatan ini keluar daripada Korea. Pesaing seperti Samsung dan Apple sudahpun beroperasi di lebih 10 pasaran.

Di Malaysia, selain pembayaran nirtunai berasaskan kad seperti payWave. Pembayaran tanpa tunai menggunakan cip NFC pada telefon pintar seperti Samsung Pay, CIMB Pay, dan MaybankPay.

[Sumber: Yon Hap News Agency, Reuters]

TheSkop

Portal Teknologi dan Gaya Hidup Paling Best di Malaysia

%d bloggers like this: