Kuasa ekstrem SSD padat dalam SanDisk Extreme Pro

Prestasi storan SSD kini boleh didapati sebesar ibujari, apabila Western Digital (WD) mengumumkan ketibaan pemacu kilat, SanDisk Extreme Pro USB 3.1 Solid State 256GB & 128GB ke Malaysia. Ia merupakan pemacu kilat dengan kepantasan dan kelebihan yang terdapat pada SSD.

Pemacu kilat terbaru SanDisk ini boleh mencapai kelajuan membaca sehingga 420MB/s dan menulis 380MB/s. Dengan kepantasan ini, ia boleh menghantar filem penuh beresolusi 4K ke dalam pemacu sederas 15 saat sahaja.

Kepantasan ini turut dibantu dengan antaramuka USB 3.1 yang serasi dengan USB 2.0, dan boleh didapati di kebanyakan komputer serta laptop masakini. Badannya diperbuat dari aluminium, teguh untuk kegunaan mudah alih harian. Ia adalah pemacu kilat terbaik dari SanDisk masa kini.

Sebagai perlindungan tambahan, SanDisk turut menyediakan perisian SanDisk SecureAccess. Ia memberi perlindungan dengan kata laluan serta enkripsi data 128-bit. Untuk lebih ketenangan minda, pemacu hebat ini dijamin sepanjang hayat.

Pemacu kilat SanDisk Extreme Pro USB 3.1 kini boleh dibeli di Malaysia dengan harga RM469 untuk storan 128GB, dan RM769 bagi storan 256GB. Maklumat lanjut boleh dirujuk di laman produk SanDisk Extreme Pro.

TheSkop

Portal Teknologi dan Gaya Hidup Paling Best di Malaysia

%d bloggers like this: