iPhone Paling Murah Kini RM250 Lebih Murah

Ada khabar angin bertiup yang berbunyi iPhone 6 32 GB bakal menggantikan iPhone SE selaku iPhone paling murah, adakah ia benar? Apa yang benar adalah salah satu penjual sah Apple, Switch, telah memotong RM 250 daripada harga jualan iPhone SE 16 GB untuk menjadikan harga terkini telefon itu RM 1,699.

Ia mungkin menandakan mereka sedang menyediakan ruang pada rak pameran untuk iPhone 6 32GB yang dikhabarkan dilancarkan kelak.

iPhone SE dilancarkan dalam bulan Mac 2016 sebagai pengganti iPhone 5s. Ia menggunakan panel paparan 4 inci untuk melobi peminat Apple yang masih masih tak dapat menerima skrin besar adalah masa depan telefon pintar.

Walaupun saiznya yang kecil, iPhone SE menerima komponen dalaman seperti iPhone 6S seperti pemproses, kamera belakang, dan NFC untuk menyokong Apple Pay.

Terdahulu, terdapat kebocoran dokumen yang menunjukkan iPhone 6 dengan storan varian 32GB sedangkan pada masa ini iPhone 6 hanya memiliki pilihan 16, 64, dan 128 GB saja.. Kemudian, Taiwan dan India dilaporkan menawarkan iPhone 6 32GB pada warna tertentu.

iPhone SE ditawarkan dalam warna Silver, Space Gray, Gold, dan Rose Gold.

Berminat dengan iPhone SE 16GB? Layari laman rasmi Switch untuk maklumat lanjut.

[Sumber: SwitchSoyaCincau]

TheSkop

Portal Teknologi dan Gaya Hidup Paling Best di Malaysia

%d bloggers like this: