iPhone 6 pengganti kekal iPhone SE?

Satu berita telah tiba di telinga kami berkaitan peranti baru Apple. Ia bukanlah peranti utama menggantikan iPhone 7, sebaliknya ia adalah model yang akan menggantikan barisan telefon pintar termurah Apple, iPhone SE.

Satu dokumen di bawah telah tersebar memperlihatkan maklumat tentang iPhone 6 yang tidak pernah dilihat sebelum ini. Ia adalah iPhone 6 dengan storan dalaman 32GB. Sebelum ini, iPhone 6 yang dilancarkan 3 tahun lepas hanya memiliki storan 16GB, 64GB atau 128GB sahaja. Selepas iPhone 7 dilancarkan, semua model iPhone 6 dan iPhone 6 Plus dihentikan pengeluarannya.

iPhone 6 32GB ini mungkin menggantikan iPhone SE yang dilancarkan tahun lepas, sebagai telefon pintar Apple yang kecil dan murah. Malah, selepas iPhone 7 dilancarkan tahun lepas, Apple masih kekal menjual iPhone 5s yang memiliki saiz fizikal yang sama dengan iPhone SE.

Adakah Apple mahu menghentikan pengeluaran peranti bersaiz 4.0-inci? Mungkinkah ia tidak berapa menguntungkan Apple, memaksa mereka berubah kepada skrin 4.7-inci sebagai peranti iOS paling mampu milik?

iPhone 6 32GB yang terdapat dalam dokumen tersebut dilihat akan mengekalkan perkakas yang sama. Skrin 4.7-inci, kamera belakng 8MP, kamera depan 1.2MP, pemproses A8 dan bateri 1,810mAh. Tiada beza langsung kecuali storan yang baru, sistem operasi terkini iOS 10 serta hanya satu warna disediakan, iaitu Emas.

Jika diberi pilihan, adakah anda lebih berminat dengan saiz skrin ideal pilihan Steve Jobs 3.5-inci, atau pergi ke skrin lebih besar yang diperkenal Tim Cook, 4.7-inci?

[SUMBER: SoyaCincau]

TheSkop

Portal Teknologi dan Gaya Hidup Paling Best di Malaysia

%d bloggers like this: