Huawei Setuju Dengan Apple, Jumlah RAM Bukan Segalanya

Berapa banyakkah RAM yang anda perlukan dalam Anroid? Persoalan ini tiada noktahnya kerana pengguna sentiasa dahagakan sesuatu yang pantas lebih-lebih lagi apabila berpegang dengan pemikiran, “banyak lebih baik”. Menerusi laman Weibo, seorang eksekutif daripada Huawei menyatakan 4GB adalah cukup.

Penyataan itu bersandarkan satu kajian dalaman Huawei yang menggandingkan cip pemroses Kirin 960 dengan RAM yang berbeza kapasitinya. Mereka dapati 4GB lebih tinggi prestasinya berbanding 6GB. Ia mencadangkan kelicinan operasi bukanlah bergantung pada RAM semata, tetapi kepada sajauh mana optimum sistem operasinya.

Walau bagaimanapun, ia bukanlah kenyataan rasmi, sebaliknya cuma pendapat peribadi. Huawei P10 Plus sendiri memiliki varian RAM 6GB. Ia adalah jumlah RAM yang tertinggi sebuah telefon ada buat masa ini, manakala pesaingnya, iPhone hanya miliki separuh daripada itu.

Jumlah RAM dalam telefon bermula iPhone/Galaxy S hinggalah iPhone 7 Plus/Galaxy S7 edge

Pengguna iOS seringkali berbangga dek tahap optimum sistem operasi mereka yang tinggi dan tidak memerlukan RAM yang banyak untuk merasai pengalaman mengguna yang licin. Tetapi, sejak iPhone 5s, jumlah RAM yang dimiliki oleh iPhone yang seterusnya meningkat sekali ganda, menyamai apa yang berlaku dalam persekitaran Android sejak sekian lama. Android pula, mengambil contoh Samsung Galaxy S, terhenti pada 4GB sejak 2015.

Peningkatan RAM bermakna kos penghasilan sesebuah telefon juga akan meningkat dan seterusnya diterjemahkan kepada harga pasaran yang melampau. Adakah anda bersetuju dengan penyataan wakil Huawei itu?

[Sumber: XDA Developers, GizmoChina]

TheSkop

Portal Teknologi dan Gaya Hidup Paling Best di Malaysia

%d bloggers like this: