Garmin Fenix 5X Jam Tangan Untuk Penggiat Aktiviti Luar

Pengedar tunggal Garmin, Aeco Technologies (M) Sdn. Bhd. telah mengemas kini barisan jam tangan GPS siri Fenix-nya di Malaysia. Fenix 5 tampil dengan rekaan yang lebih kompak berbanding Fenix 3 tetapi masih mendukung fungsi-fungsi yang sama, malah lebih lagi.  Sebanyak tiga model siri Fenix 5 dilancarkan.

Yang paling kecil adalah Fenix 5S yang memiliki diameter muka 42 mm, Fenix 5 pada 47 mm, dan Fenix 5X berdiameter 51 mm. Penggemar sukan luar seperti hiking pasti berpuas hati dengan jam tangan ini.

Fenix 5s

Fenix 5

Fenix 5X 

Ketiga-tiga model berkongsi ciri-ciri yang sama seperti pengesanan nadi, Bluetooth, GPS, sensor barometrik, digital kompas, dan giroskop. Ada juga model yang memiliki Wi-Fi. Berbeza saiz, berbezalah juga sasaran penggunanya. Fenix 5X disasarkan pada penggiat aktiviti luar yang serius. Ia mampu memaparkan peta topografi, memiliki sistem navigasi yang lebih canggih dan juga bateri tahan lebih lama.

Fenix 5 dan Fenix 5S dijual pada harga RM 2,899 dengan versi Sapphire yang dijual pada harga RM 3,149. Fenix 5X akan hanya dijual bulan depan dan berharga RM 3,399. Layari laman rasmi Aeco Malaysia untuk maklumat lanjut.

TheSkop

Portal Teknologi dan Gaya Hidup Paling Best di Malaysia

%d bloggers like this: