Cip 10nm Intel Lebih Baik Daripada Yang Lain

Sedang mata dunia tertumpu pada Samsung Galaxy S8 yang mendukung cip pemproses 10nm pertama dalam pasaran ketika ini, Intel hadir dengan kenyataan bahawa cip 10nm mereka satu generasi lebih canggih berbanding teknologi 10nm pesaingnya. Pengunaan teknologi FinFET generasi ketiga oleh Intel menyebabkan mereka masih mampu menuruti Moore’s Law dalam penghasilan transistor yang lebih kecil dan murah sehingga tiba ke generasi 7nm.

Intel menjangkakan kos per transistor semakin berkurangan seiring perkembangan teknologi

Teknologi 10nm Intel berupaya menyumbat 100.8 juta transistor dalam satu milimeter persegi ruang. Untuk perspektif, ia 2.7 kali ganda lebih tinggi berbanding cip 14nm Intel seperti cip Kaby Lake ataupun kira-kira 2 kali ganda berbanding pesaingnya.

Hasilnya, cip pemproses hasilan Intel 25 peratus lebih cekap dan 45 peratus lebih jimat tenaga berbanding Kaby Lake. Malah, dengan proses 10 nm yang telah diperhalusi, Intel boleh menambah 15 peratus kecekapan dan 30 peratus penjimatan tenaga.

Intel telah memulakan pengeluaran cip 10nm sejak Ogos tahun lepas untuk menghasilkan cip dengan kod nama Connonlake. Selepas berlakunya rombakan pada model Tick-Tock Intel, tahun 2017 menyaksikan Intel masih akan kekal di takuk 14nm dengan Coffee Lake yang bakal dilancakran pada separuh kedua 2017. Pengkomersialan Cannonlake dijangka bermula awal tahun 2018.

[Sumber: Engadget]

TheSkop

Portal Teknologi dan Gaya Hidup Paling Best di Malaysia

%d bloggers like this: