TM melanjutkan iflix percuma

Telekom Malaysia (TM), hari ini membuat pengumuman melanjutkan lagi langganan servis iflix percuma, kepada semua pengguna UniFi dan Streamyx terpilih. Setahun yang lepas, Telekom Malaysia (TM) menjadi yang terawal mengumumkan langganan servis iflix percuma kepada pelanggannya.

Semua pengguna TM UniFi dan Streamyx yang layak, boleh terus menikmati langganan iflix secara percuma, sehingga 31 Disember 2017. Langganan iflix selama setahun ini bernilai RM120,tetapi percuma untuk pengguna UniFi dan Streamyx 4Mbps dan 8Mbps.

Jeremy Kung, Naib Presiden Eksekutif, New Media TM meluahkan rasa gembirannya tentang berita ini. Kerjasama lanjutan ini membolehkan pelanggan TM menikmati lebih banyak kandungan, gandingan pustaka iflix bersama perkhidmatan IPTV TM, HyppTV. TM bersedia untuk bekerjasama dengan lebih banyak pihak untuk memberikan lebih banyak nilai tambah kepada pelanggan.

iflix menyediakan ribuan jam drama dan filem dari Malaysia, Asia, serta Hollywood. Selain dari Malaysia, iflix kini terdapat di Filipina, Thailand, Indonesia, Sri Lanka, Brunei, Maldives, dan Pakistan. iflix juga baru sahaja mengumumkan kerjasama dengan Zain, untuk melancarkan servis iflix di Timur Tengah dan Afrika (MENA).

Untuk pengguna TM terlibat yang masih belum mengaktifkan akses ke iflix, boleh berbeuat demikian semudah memuat turun aplikasi mudahalih iflix di Apple Appstore atau Google Playstore, atau layari sahaja lamanweb www.iflix.com sambil berhubung ke rangkaian UniFi atau Streamyx. Akses iflix akan dicipta secara automatik dank boleh terus ditonton tanpa had secara percuma, sehingga 31 Disember 2017.

Untuk lebih maklumat, layari laman web iflix TM.

TheSkop

Portal Teknologi dan Gaya Hidup Paling Best di Malaysia

%d bloggers like this: