Samsung Kekal Lancar Peranti Galaxy Baru Di MWC2017

Samsung hari ini mengutuskan satu Twitter memberi hint tentang apa yang bakal mereka bawa ke MWC2017 kelak. Oleh sebab, mereka telah menunda pelancarkan telefon flagship Galaxy S8 mereka, Samsung punyai lebih masa untuk menumpukan pada produk yang lain.

Merujuk pada utusan tersebut, Samsung akan mengadakan acara pada 26 Februari ini pada jam 7 malam waktu Barcelona (1 pagi waktu Malaysia). Poster berlatarbelakangkan warna hitam itu terdapat garisan putih dengan sesuatu seakan-akan port pengecas terletak pada bahagian tengahnya.

Ramai penganalisa menjangkakan ia adalah sebuah tablet yang berupa Galaxy Tab S3. Ia hadir untuk menggantikan Galaxy Tab S2 yang dilancarkan pada Julai 2015 lalu.

Antara spesifikasi yang digembar-gemburkan adalah seperti Snapdragon 820, RAM 4GB, dan sistem operasi Android 7.0 Nougat. Dua model dijangkan dilancarkan, satu mempunyai slot kad SIM manakala satu lagi tiada.

[Sumber: @SamsungMobile, Naver]

%d bloggers like this: