[MWC2017] Samsung Berdegil, Tetap Umumkan Galaxy S8

Ramai sedia maklum yang Samsung tidak akan memperbaharui telefon Galaxy S di MWC tahun ini selepas bencana yang menimpa Note7. Walau bagaimanapun, ia tdak menghalang Samsung untuk mengumumkan tarikh pelancaran pengganti Samsung Galaxy S7 semasa sidang media pelancaran Samsung Galaxy Tab S3.

Melalui video youtube yang dikongsikan oleh Samsung Global, Galaxy S8 akan dilancarkan di New York pada 29 Mac 2017.

Sudah tentu ramai pengguna tak sabar menantikan telefon ini dilancarkan. Pengguna boleh menjangkakan hanya komponen-komponen yang terbaik digunakan pada Galaxy S8. Antaranya adalah cip pemproses Exynos 8895 dan Snapdragon 835 yang adalah dua cip pemproses yang dihasilkan menggunakan teknologi 10nm.

TheSkop

Portal Teknologi dan Gaya Hidup Paling Best di Malaysia

%d bloggers like this: