OPPO R9s yang lebih ong akan tiba di Malaysia

Share Button

Jika anda peminat warna merah, pasti sukar untuk mendapatkan telefon pintar dengan warna kegemaran ini. Satu peluang akan tiba untuk anda bulan ini. OPPO Malaysia mahu menyambut ketibaan Hari Valentine, dengan memperkenalkan telefon pintar terbaru mereka, OPPO R9s edisi Valentine berwarna merah.

OPPO R9s merupakan satu telefon kegemaran ramai rakyat Malaysia. Ini boleh dilihat apabila ia mencipta rekod pratempahan baru di Malaysia, mengatasi OPPO F1s sebelum ini. Dengan warna baru OPPO R9s ini, OPPO berharap agar lebih ramai rakyat Malaysia mendapatkan kejayaan. Kerana warna merah sering dikaitkan dengan ong bagi masyarakat Cina.

OPPO R9s Valentine Red Edition - depan belakang

Dijangkakan, tiada perbezaan perkakas pada OPPO R9s edisi Valentine ini. Ia akan memiliki skrin HD penuh berukuran 5.5-ini, bersama bateri sebesar 3,010mAh yang menyokong pengecasan pantas VOOC. Badannya diperbuat dari besi, dengan rekaan unik antena 6 garisan di belakang.

Di dalam, OPPO R9s memiliki pemproses Snapdragon 625 8-teras, bersama 4GB RAM dan 64GB storan dalaman. Ia menyokong tambahan kad mikroSD, serta dua kad sim 4G LTE. Pengimbas capjarinya terletak di butang Home di hadapan, boleh membuka kunci skrin dengan sangat pantas.

Berbeza dari siri F1 tahun lepas, OPPO R9s memberi lebih tumpuan kepada kamera belakang. Ia menggunakan sensor Sony IMX398 16MP f/1.7, dilengkapi teknologi autofokus dwi-PDAF yang lebih pantas dari biasa. Untuk swafoto, kamera hadapannya merakam sehingga 16MP dengan pelbagai pilihan tetapan kecantikan menerusi Beautify 4.0.

Buat masa ini, masih belum diberitahu harga jualan OPPO R9s edisi Valentine ini. Untuk makluman, OPPO R9s berwarna Emas dan Emas Ros dijual di Malaysia pada harga RM1,798 termasuk GST.

Apa komen anda?