[MWC2017] Wiko Upulse pengganti Ufeel

Jika tahun 2016 adalah tahun Ufeel, tahun 2017 adalah tahun Upulse. Ini kerana Wiko mengambil ruang di pameran MWC 2017, untuk melancarkan siri Upulse yang baru. Ia adalah sebahagian dari Wiko siri U, yang dikategorikan dalam kelas pertengahan, untuk remaja yang gemarkan perkara trending.

Telefon pintar Wiko Upulse yang baru ini mempunyai satu perkara yang sangat berbeza dari Ufeel, pengimbas capjarinya terletak di belakang. Ufeel popular dengan pengimbas capjari di depan yang turut bertindak sebagai butang Home.

Upulse memiliki badan besi dengan kemasan diberus. Paparannya sebesar 5.5-inci dengan lengkung 2.5D dan resolusi HD 1280×720. Ia digerakkan sistem operasi Android 7.0 Nougat terkini, terbina dengan fungsi aktif Doze 2.0 dan paparan pelbagai tetingkap.

Kuasanya dijalankan oleh pemproses 4-teras 1.3GHz, 3GB RAM dan storan 32GB. Ia juga menyokong kad mikroSD sehingga 128GB. Bateri di dalamnya sebesar 3,000mAh.

Kamera belakangya 13MP autofokus bersama LED Flash. Manakala kamera depan 8MP fokus tetap dan turut dilengkapi LED Flash.

Wiko Upulse akan mula dijual pada Mei 2017, dan Malaysia turut akan menerimanya. Harga jualannya EUR199 (~RM937), tetapi harga di Malaysia dijangka lebih rendah. Sebanyak tiga warna disediakan iaitu Hitam, Perak dan Emas Ros.

TheSkop

Portal Teknologi dan Gaya Hidup Paling Best di Malaysia

%d bloggers like this: