[MWC2017] Moto G5 Plus Perkukuh Kategori Kelas Pertengahan Motorola

Lenovo, pengeluar pertama yang mengesahkan kehadiran mereka di MWC 2017 hari ini melancarkan Moto G5 dan Moto G5 Plus. Ia adalah sisi Moto G generasi kelima selepas Moto G4 Plus yang dilancakran tahun lepas. Ia masih mengekalkan paras rupa seperti sebelumnya tetapi menerima penambahbakkan di beberapa komponen.

Moto G5 Plus (Depan)

Moto G5 Plus (belakang)

Yang pertama adalah Moto G5 Plus menggunakan Snapdragon 625 yang lebih jimat tenaga anakala Moto G5 menggunakan Snapdragon 430. Versi yang lebih premium menerima RAM seluas 3 GB manakala yang lagi satu menerima 2GB RAM. Kedua-duanya menjalankan sistem operasi Andorid 7.0 Nugat terus daripada kotak.

Moto G5 Plus adalah varian yang lebih besar kerana menggunakan panel paparan sebesar 5.2″ beresolusi HD penuh, sementara Moto G5 memiliki panel paparan yang sedikit kecil, iaitu 5.0″.

Moto G5 (Depan)

Moto G5 (Belakang)

Pada bahagian kamera, Moto G5 Plus dilengkapi kamera 12 MP dengan fungsi autofokus dual piksel PDAF yang memang pantas membidik fokus. Saudaranya yang lebih kecil pula menerima sensor 13 MP. Kamera hadapan kedua-dua telefon adalah sebsar 5 MP.

Untuk ruang penyimpanan data, seluas 32 GB ruang storan disediakan pada Moto G5 manakala 64 GB pula diperuntukkan pada Moto G5 Plus

Semua komponen elektronik Moto G5 Plus dan Moto G5 masing-masing dikuasakan bateri berkapasiti 3,000 mAh dan 2,800 mAh yang boleh dicas pantas.

Telefon kelas pertengahan terbaru Motorola ini akan mula dijual bermula Mac ini di pasaran-pasaran utama dunia dan harganya adalah seperti berikut:

  • Moto G5 – EURO 199 (RM 933)
  • Moto G5 Plus – EURO 279 (RM 1,308)

TheSkop

Portal Teknologi dan Gaya Hidup Paling Best di Malaysia