Maxis Atasi U Mobile Dalam Laporan Prestasi SKMM 2016

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) telah menerbitkan satu penyelidikan berkaitan penyedia telekomunikasi negara kita. Mereka telah mengukur prestasi rangkaian enam wilayah di Malaysia iaitu Tengah, Selatan, Utara, Timur, Sarawak, dan Sabah  sepanjang tahun 2016 yang melibatkan penilaian prestasi penyedia perkhidmatan Celcom, Digi, Maxis, U Mobile, YES, dan P1. Hanya YES dan P1 (webe) menggunakan teknologi WiMAX manakala selebihnya menggunakan LTE.

Antara empat parameter telah dikaji mereka adalah:

  1. Kelajuan
  2. Kehilangan Paket
  3. Call Drop Rate (CDR)
  4. Call Setup Success Rate (CSSR)

170201-skmm telco report average speed

170201-skmm telco report loss packet

Dalam kategori kelajuan, Maxis telah mengungguli carta apabila mencatatkan purata 22.89 Mbps, untuk menjadi satu-satunya telco yang memiliki kelajuan melebihi 22 Mbps. Tiga telco yang lain mencatatkan laju antara 11 hingga 19 Mbps manakala YES dan webe mencatatkan laju bawah 6 Mbps.

Kelajuan yang pantas tidaklah menjanjikan pengalaman berinternet yang mantap. Ia juga bergantung kepada sejauh mana berkesannya data dihantar daripada pelayan kepada pengguna. Kehilangan paket menyebabkan peningkatan latensi seterusnya menyumbang kepada kelembapan sambungan kerana pelayan perlu menghantar semula data kepada pengguna.

U Mobile mengalami kadar kehilangan paket tertinggi dalam kalangan enam telco yang diuji. Pada 3.95%, ia melebihi piawaian yang ditetapkan iaitu 3%. Lima telco yang lain berjaya mematuhi piawaian dengan YES menjadi telco paling kurang pengalami kehilangan paket.

170201-skmm telco report cssr

170201-skmm telco report cdr

Daripada sudut kualiti panggilan pula, semua telco boleh dikatakan menyediakan perkhidmatan suara yang baik. Kesemua telco mencatatkan Call Setup Success Rate (kadar panggilan berjaya disambungkan) melebihi 98%. Hal ini bermakna sekurang-kurangnya 98% panggilan berjawa disambungkan kepada penerima tanpa masalah.

Celcom mencatatkan kadar drop call (panggilan terputus) paling sikit dengan 0.83% manakala tiga penyedia yang lain mencatatkan angka melebihi 1%.

Rata-rata telco di Malaysia menyediakan perkhidmatan yang efisien. Walau bagaimanapun, harus dimaklumkan bahawa kajian ini hanya dilakukan di bandar-bandar besar seluruh Malaysia. Tambahan pula, bacaan diambil bukanlah dari dalam, tetapi di jalanan luar bangunan. Jika anda masih mengalamai perkhidmatan yang tidak setara dengan yang dijanjikan, anda boleh mengadu kepada telco masing-masing atau ke SKMM sendiri.

[Sumber: SKMM]

TheSkop

Portal Teknologi dan Gaya Hidup Paling Best di Malaysia

%d bloggers like this: