LG Masukkan Bateri Terbesar Dalam LG X power2

LG hari ini ini mengumumkan telefon LG X power2, beberapa hari sebelum tirai MWC 2017 dinaikkan. Telefon kelas pertengahan ini hadir terus menjalankan Android 7.0 Nougat dan mempunyai kapasiti bateri gergasi iaitu pada 4,500 mAh, terbesar dalam barisan telefon LG setakat ini.

Hadir dalam warna emas, kelabu, dan biru gelap, LG X power2 memiliki paparan HD sebesar 5.5 inci. Kamera belakangnya menggunakan sensor imej sebesar 13MP manakala kamera hadapannya 5MP dengan lampu flash tersendiri.

Bahagian teknikal, sekeping cip oktateras berkelajuan 1.5 Ghz menguasakan telefon ini dengan bantuan RAM berkeluasan sehingga 2 GB. Baterinya pula mempunyai teknologi pengecasan pantas dengan 50% cas terisi apabila mengecas selama 1 jam manakala pengecasan penuh hanya mengambil masa 2 jam.

LG X power2 akan mula dijual bermula Mac bermula di Amerika Latin. Pasaran lain seperti Amerika Syarikat, Asia, Eropah, dan sebagainya akan mnerima produk ini pada satu tarikh yang belum diumumkan.

[Sumber: LG]

TheSkop

Portal Teknologi dan Gaya Hidup Paling Best di Malaysia

%d bloggers like this: