LG G6 Lihat Lebih Luas Berbanding Google Pixel

LG menghangatkan lagi penantian pelancarkan LG G6 apabila berkongsi tentang keutuhan kamera flagship terbaru mereka yang akan dilancarkan tak lama lagi. Terbaru, mereka mengumumkan sudut pandang yang luas pada kedua-dua kamera depan depan dan belakang memberikan gambar dengan perspektif yang lebih menarik.

Sudut pandang kamera belakang LG G6 adalah seluas 125 darjah berbanding 92 darjah pada Google Pixel, kamera yang menduduki takhta kamera terbaik DxO Mark.

Perbandingan sudut pandang antara LG G6 (kiri) dengan Google Pixel (kanan)

Selain itu, oleh sebab kamera-kamera belakang LG G6 menggunakan dua sensor 13MP, maka pengguna akan beroleh gambar yang sama kualitinya apabila menggunakan mana-mana kamera. Tiada maklumat khusus seperti jenis sensor, apertur, dan jarak fokal kamera pada LG G6 kecuali satu daripadanya mempunyai sudut pandang luas, untuk gambar pemandangan dan kamera yang lagi satu lebih pendek, sesuai untuk gambar bertemakan portrait.

Sebagai penanda aras, flagship terakhir yang dilancarkan mereka, LG V20, menggunakan sensor 16MP dan 8MP dengan panjang fokal masing-masing 29mm (F1.8) dan 12mm (F2.4) manakala sensor 5MP (F1.9) untuk kamera selfie.

 

Selain dua kamera belakang, satu lagi pembaharuan yang LG bawakan adalah pada paparannya. Paparan LG G6 mempunyai nisbah tegak dan lintang 1:2 yang bermakna ia lebih lebar daripada paparan widescreen kontemporari.

LG G6 akan dilancarkan pada 26 Februari ini pada temasya MWC 2017. Teruskan bersama team TheSkop untuk maklumat langsung dari Barcelona.

[Sumber: LG Electronics, 9to5GoogleAnandTech]

TheSkop

Portal Teknologi dan Gaya Hidup Paling Best di Malaysia

%d bloggers like this: