Lenovo Yoga A12 Adalah Tablet Berbateri Gergasi

Pasaran komputer hari ini lebih terarah kepada produk yang mempunyai tahap mobiliti yang tinggi tetapi masih mengekalkan komponen berprestasi mampan. Lenovo Yoga A12 hadir dengan membawa penyelesaian tersebut pada tanda harga yang tidak merungsingkan kepala, ia boleh bertindak sebagai alternatif lebih murah kepada Yoga Book.

Yoga Book dilancarkan dua bulan lepas dan menerima tanda harga RM2,599. Yoga Book adalah sebuah laptop yang inovatif kerana bahagian papan kekuncinya tidak menggunakan butang fizikal, sebaliknya menggunakan kaedah kapasitif dan gerak balas haptik yang dikenali sebagai papan kekunci Halo. Ia juga turut bertindak sebagai permukaan digitizer untuk menukarkan input daripada pen kepada digital, seperti sebuah tablet Wacom.

Untuk mencapai harga jauh lebih murah berbanding Yoga Book, ia terpaksa melakukan beberapa kompromi kepada binaannya. Ia hanya mempunyai panel paparan 720p berbanding 1080p pada Yoga Book. Ia hadir dengan papan kekunci Halo. Maka, menaip atasnya pada mulanya akan menjadi agak kekok. Kemudian, papan kekuncinya tidak mempunyai fungsi menggunakan pen sebagai digitizer seperti saudaranya yang lebih mahal. Perbezaan akhir adalah pada engsel konvesionalnya.

Memiliki bateri berkapasiti 10,500 mAh, ia dikatakan memberikan waktu penggunaan sehingga 13 jam lamanya. Tambahan pula, tahap mobiliti yang tingginya disumbang oleh beratnya yang kurang daripada 1 kg walaupun hadir dengan papan kekunci fizikal yang tersendiri.

Daripada segi spesifikasi, ia dikuaskaan cip Intel Atom X5-Z8550 dengan RAM sebesar 2GB serta ruang storan seluas 32GB dibekalkan. Ia hanya menjalankan sistem operasi Android dan dilancarkan dengan Anroid 6.0 Marshmallow.

Harganya? Pada USD 299 (RM 1,323), ia sebuah tablet yang agak menarik untuk dicuba. Sama ada ia akan tiba di Malaysia tak lama lagi masih tak diketahui.

[Sumber: Ubergizmo]

TheSkop

Portal Teknologi dan Gaya Hidup Paling Best di Malaysia

%d bloggers like this: