Kamera dan harga fokus utama Google untuk Pixel 2

Baru sahaja beberapa bulan lepas Google melancarkan pengganti Nexus, kini tersebar pula khabar angin kencang tentang versi kedua. Dalam dua jenis.

Google Pixel dilancarkan pada Oktober tahun lepas, dalam dua saiz. Biasa dan XL. Antara perkara yang ditekankan Google adalah, kehebatan kamera Pixel yang menerima markah tertinggi dari DxoMark.

161005-google-pixel-dxomark

Satu laporan telah muncul, di mana laman web 9to5 melaporkan menerima maklumat tentang pembangunan Pixel 2. Antara yang diperkatakan, Google sedang menguji telefon pintar ini dengan pelbagai pemproses, seperti Snapdragon, Intel dan juga Mediatek. Jika tiada yang sesuai, Google akan cuba mendapatkan cip yang diubahsuai khusus untuk kegunaan Pixel 2.

Mereka juga melaporkan, Google memberi lebih penekanan tentang kamera, terutama sekali meningkatkan kualiti tangkapan waktu malap. Google mungkin akan menggunakan sensor MP yang lebih kecil untuk kamera ini.

Selain kamera, fungsi kalis air juga mungkin akan diterapkan. Cuma, ia tidak sepenting pembangunan di bahagian kamera. Yang tak sedapnya, harga Pixel 2 akan lebih tinggi dari Pixel sekarang, sekurang-kurangnya USD50 (~RM224).

Berita lebih baiknya pula, Google dikatakan turut akan membina Pixel 2B yang lebih mampu milik. Sudah pasti perkakasnya akan kurang bertenaga berbanding Pixel 2, tetapi peranti Google yang mampu milik sentiasa menjadi kegemaran ramai.

Bunyi-bunyian khabar angin sebegini memang enak didengar. Tetapi, apakah perkara yang paling anda mahukan pada Pixel 2 nanti? Pada kami, harapnya ia akan dijual secara rasmi di Malaysia.

[SUMBER: 9to5]

TheSkop

Portal Teknologi dan Gaya Hidup Paling Best di Malaysia

%d bloggers like this: