iPhone baru setiap tahun? Senang je dengan Celcom NewPhone

[iPhone 7 yang baru ini dibawakan kepada anda oleh Celcom NewPhone]

Anda pengikut trend teknologi terkini, malah anda juga menjadi ikutan rakan-rakan di sekeliling untuk berita teknologi semasa. Telefon pintar ni, setiap tahun akan dilancarkan model baru, macam iPhone. Nak tukar tiap tahun tu yang sakit. Tapi tak mengapa, ada cara yang lebih mudah.

Dengan Celcom, anda boleh menukar telefon baru setiap tahun secara percuma. Hanya daftar pelan Celcom NewPhone, dan telefon pintar model terbaharu boleh ditukar ganti setiap tahun.

Paling menarik, Celcom menyediakan banyak model telefon pintar dalam senarai NewPhone ni. Jika anda dah menyertai NewPhone sejak tahun lepas, sekarang anda boleh bertukar kepada iPhone 7 atau iPhone 7 Plus tanpa kos tambahan pada bulan ke 13 langganan anda.

Kalau belum, sekarang adalah masa terbaik untuk anda mendaftar Celcom NewPhone. Nanti, bolehlah bertukar kepada iPhone 8 secara percuma.

Senang je nak mendaftar Celcom NewPhone ni. Pertama, pilih telefon yang anda mahu guna sekarang. Contohnya, iPhone 7 32GB. Yuran NewPhone ditawarkan serendah RM115 sebulan untuk pelanggan FIRST Platinum (RM150 sebulan), ataupun Yuran NewPhone serendah RM135 sebulan untuk pelanggan FIRST Gold Plus (RM98 sebulan).

Kemudian buat pilihan samada mahu menambah perlindungan peranti, bernilai RM40 sebulan. Dengan perlindungan peranti, anda akan dilindungi jika peranti anda dicuri atau rosak akibat cecair mahupun terjatuh.

Lepas tu, boleh bawak pulang iPhone dan Yuran NewPhone serta Komitmen Pelan hanya perlu dibayar secara bulanan untuk 24 bulan. Apa yang istimewa, selepas 12 bulan, anda boleh memilih untuk bertukar ke telefon pintar baru, tanpa sebarang caj tambahan. Contohnya, dari iPhone 7 tahun ini ke iPhone 8 tahun depan, percuma. Dan seterusnya iPhone 9, iPhone 10 selagi anda masih melanggani NewPhone.

Mudah bukan.

Celcom akan menambah peranti baru ke dalam senarai NewPhone, dari semasa ke semasa. Semakin banyak telefon baru dilancarkan, semakin panjang senarai telefon yang terdapat di NewPhone, yang boleh ditukar secara percuma kelak.

Berminat? Jangan berlengah lagi dan segera ke cawangan Celcom dan Blue Cube berhampiran, untuk mendapatkan telefon pintar terbaru NewPhone bersama pelan Celcom FIRST.

TheSkop

Portal Teknologi dan Gaya Hidup Paling Best di Malaysia

%d bloggers like this: