Huawei Watch 2 Lebih Cergas & Cerdas

Selepas LG Watch, Huawei pula menyusul dengan jam tangan pintar Android 2.0 untuk tahun 2017. Huawei Watch 2 tampil di MWC 2017 dengan rekaan yang lebih sporty berbanding edisi pertamanya yang lebih elegan.

Satu ciri unik yang ada pada jam tangan Huawei generasi kedua ini adalah kehadiran slot kad SIM. Maka kita boleh menjangkakan sokongan LTE dan tak mustahil anda boleh berbuat panggilan terus daripada peranti tanpa kehadiran telefon.

Sekurang-kurangnya tiga warna akan dijual iaitu hitam, jingga, dan kelabu dengan calitan warna kuning neon.

Untuk rujukan, Huawei Watch yang pertama memiliki muka berdiameter 42mm dengan ketebalan badan 11.3mm Kemudian ia menggunakan paparan AMOLED dengan kepadatan piksel 486 per inci dan memiliki bateri berkapasiti. Ia tiada slot kad SIM seperti pewarisnya.

Huawei Watch 2 dijangka akan dilancarkan pada 26 Februari ini bersama-sama Huawei P10 dan P10 Plus di MWC 2017.

[Sumber: VentureBeat]

 

TheSkop

Portal Teknologi dan Gaya Hidup Paling Best di Malaysia

%d bloggers like this: