Google Lancar Android Wear 2.0 Dengan LG Jadi Terajunya

Seperti yang dijadualkan, Android Wear 2.0 dilancarkan bersama-sama LG Watch Sport dan LG Watch Style. Android Wear dibangunkan untuk merevolusikan peranan jam tangan yang sejak sekian lama berperanan untuk memberitahu masa. Melalui jam tangan pintar, pengguna boleh melakukan sebahagian besar perkara yang hanya boleh dibuat di telefon dengan hanya menggunakan jam tangan.

Antara pembaharuan yang akan pengguna nikmati adalah daripada segi rekaannya sendiri. Konsep material design diterapkan untuk besebati dengan versi telefon. Kemudian kita kini boleh memasukkan widget pada muka jam untuk memaparkan maklumat daripada sumber pihak ketiga.

Pengalaman bermesej juga ditambah baik walaupun jam tangan memliki permukaan menaip yang terhad. Kita boleh membalas mesej denghan hanya meleret jari di atas permukaan. Android Pay juga diselitkan pada telefon ini untuk menyaingi Apple dan Samsung.

Google Assistant pula diintegrasikan pada sistem operasi untuk memberi lebih alternatif kepada pengguna tentang cara berinteraksi dengan telefon. Selain menggunakan tiga butang fizikal pada telefon, arahan bersuara juga boleh digunakan untuk mengawal jam. Kita juga boleh menjangkakan fungsi LTE diguna pakai pada peranti-peranti Android Wear 2.0.

LG menjadi pengeluar terawal mengadaptasikaan sistem operasi terbaru ini pada jam mereka melalui LG Watch Sport dan LG Watch Style.

LG Watch Sport (Kiri) dan LG Watch Style (Kanan)

LG Watch Sport adalah varian yang lebih sarat fungsinya kerana mempunyai sensor GPS, LTE, dan NFC. Maka, keseluruhan ciri-ciri Android Wear 2.0 boleh dinikmati. Sebaliknya, versi Style lebih menumpukan pada rupa paras kerana ia lebih kecil, dan tiada tiga sensor tambahan seperti saudaranya itu.

Kedua-duanya menggunakan cip Snapdragon Wear 2100 yang sama dan bahagian paparannya dilindungi kaca Corning Gorilla Glass 3.

Jam tangan LG Sport dan LG Style masing-masing dijual pada harga USD349 (RM 1,550), USD 249 (RM1, 106), dan USD 279 (RM 1,239) untuk warna merah jambu.

[Sumber: Google, Android Central, 2]

TheSkop

Portal Teknologi dan Gaya Hidup Paling Best di Malaysia

%d bloggers like this: