Fave mahu jadi lebih bagus dari Groupon

Lamanweb Groupon memang sangat popular dengan tawaran kupon diskaun dan harga rendah, terutama sekali untuk makanan dan minuman. Kini, Groupon telah berubah wajah dan nama, dikenali sebagai Fave.

Fave sebelum ini dikenali sebagai KFit, bermula sebagai platform perkongsian kecergasan. KFit mengambil alih Groupon pada November 2016, sebagai usaha membentuk prospek ekonomi baharu bagi bisnes online-to-offline (O2O) di Malaysia dan Asia Tenggara.

Gabungan ini berjaya meletakkan Fave sebagai aplikasi no 1 di Apple Appstore di dalam kategori makanan & minuman. Banyak tawaran hebat perniagaan tempatan di seluruh negara, telah berada di dalam Fave.

Antaranya termasuk Westin Hotel, Red Box, Le Méridien Hotel, La Juiceria, KL Tower Atmosphere 360, Kenny Rogers Roasters, Coliseum, Tutti Frutti, Outback Steakhouse, dan Morganfield’s. Lebih banyak lagi tawaran merangkumi restoran, spa, pusat kecergasan, hotel dan lain-lain, akan boleh didapati di dalam Fave.

Fave turut memperkenalkan sistem pembayaran mudahalih, terus dari dalam aplikasi. Ia bukan saja memudahkan pengguna, malah memberi mata tambahan yang boleh digunakan untuk penebusan tawaran lain.

Sebagai pengenalan kepada pengguna di Malaysia, Fave kini memberi diskaun tambahan 15% bagi setiap pembelian sulung apabila menggunakan kod promosi GOFAVE, yang sah sehingga 28 Februari 2017.

Fave boleh diperoleh percuma di Apple AppStore dan Google Play Store, dan boleh dilayari terus dalam talian di www.myfave.com.

TheSkop

Portal Teknologi dan Gaya Hidup Paling Best di Malaysia

%d bloggers like this: