Cetakan lazer khas buat tempahan OPPO R9s Edisi Merah

Share Button

Pencarian telefon pintar berwarna merah kini berakhir. OPPO Malaysia hari ini mengumumkan telefon pintar OPPO R9s edisi Merah Valentine, akan boleh ditempah tidak lama lagi. Malah, ia boleh dijadikan lebih peribadi dengan cetakan lazer.

OPPO akan mula membuka tempahan OPPO R9s edisi Merah Valentine pada 7 Februari, jam 10 pagi. Tempahan boleh dibuat dalam talian di Stor Online OPPO, ataupun di Kedai Konsep OPPO yang terpilih. Deposit sebanyak RM100 diperlukan semasa tempahan dibuat, dan bayaran penuh perlu dibuat semasa mengambil telefon kemudian.

Khas untuk tempahan dalam talian, mereka boleh mencetak nama atau mesej khas secara lazer, di bahagian belakang telefon. Bagaimanapun, bayaran penuh diperlukan semasa tempahan dibuat dalam talian.

OPPO R9s Valentine Red edition - cetakan lazer

OPPO Malaysia masih belum mendedahkan harga OPPO R9s edisi Merah Valentine. Sebelum ini, OPPO F1s edisi Ayda Jebat dijual RM200 lebih mahal dari edisi biasa. Tetapi ia disertakan pemacu kilat dan baju-T OPPOxAyda. Kami jangka, harga OPPO R9s edisi Merah Valentine tidak akan lebih RM100 dari edisi biasa, yang dijual pada RM1,798.

Dari segi spesifikasi, tiada perbezaan padanya. Bezanya, OPPO R9s edisi Merah Valentine datang dengan badan besi berwarna merah, dengan rupa hadapan hitam sepenuhnya. Skrinnya berukuran 5.5-inci HD penuh dari jenis AMOLED, dengan kaca Corning Gorilla Glass 5.

Ia memiliki pemproses Snapdragon 625, 4GB RAM dan 64GB storan di dalam. Ia boleh memuatkan dua kad sim 4G LTE, bersama slot hibrid kad mikroSD. Baterinya berkapasiti 3,010mAh dan menyokong pengecasan pantas VOOC.

OPPO R9s Valentine Red edition - kamera belakang

OPPO memperkenalkan R9s sebagai telefon pakar kamera, tidak lagi pakar selfie. Kamera belakangnya 16MP f/1.7, diperkasa dwi-fokus PDAF yang sangat pantas. Kamera depan pula 16MP berfokus tetap.

Jangan terlepas mendapatkan telefon berwarna merah ini. Bersiap sedia ke Stor Online OPPO untuk membuat tempahan pada 7 Februari kelak, dan coret mesej khas menggunakan lazer untuk menjadikannya sebuah peranti unik, satu-satunya terdapat di dunia.

Apa komen anda?